
Semua orang nak kurus. Tapi tak semua orang rajin berolahraga dan mengamalkan pemakanan sihat.
Mereka ‘bantai’ makan apa sahaja tanpa mempedulikan kalori setiap makanan. Mereka juga tidak bersenam atau olahraga bagi mengeluarkan peluh atas alasan malas dan tidak mempunyai masa, macam mana tu?
Lagi pula sekarang dalam perintah kawalan pergerakan, semua orang dikehendaki duduk rumah bagi menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian penyakit wabak Coronavirus. Bayangkan pagi petang, siang malam hanya melakukan aktiviti makan, tengok tv dan tidur… memang tak produktif.
Jadi, apa initiatif yang kamu boleh lakukan untuk mula menjalani kehidupan sihat di samping mendapatkan bentuk badan ideal? Setiap kali nak keluar rumah beli barang dapur, cari 10 makanan ini.
Menurut seorang jurulatih sukan dari Fitstyle_NJ, makanan sihat di bawah yang diakui keberkesanan dalam menurunkan berat badan seseorang.
Telur rebus – Telur putih yang hanya 50 kalori dan ada 11 gram protein dan sikit lemak yang selamat.
Roti wholemeal – 2 keping roti wholemeal dalam 80 kalori dan tinggi kandungan serat dan kurang dari 10 gram karbo (boleh diganti sebagai nasi putih).
Ubi kayu manis (sweet potato) – 100 gram sekitar 90 kalori tapi kaya dengan serat dan sangat rendah glecymix index dan buatkan anda akan rasa kenyang lebih lama.
Ubi kentang – Seketul yang besar 150 gram baru sekitar 150 kalori tetapi ianya kategori karbohidrat yang sihat dan padat perut.
Oat – 166 kalori untuk satu hidangan. *saiz hidangan 1 sudu besar atau bersamaan 14 gram = 10 kalori saiz hidangan 100 gram = 71 kalori dan ada serat.

Salmon dan tuna – Protein yang sangat bagus dan mengandungi lemak baik omega 3 dan ianya membantu mengurangkan lemak bahagian perut.
Protein shake – Salah satu meal replacement yang lengkap dan tinggi micro nutrition dan rendah kalori sekitar 90-150 kalori hidangan dan senang dicerna (liquid meal).
Sayur ulaman segar dan salad – Makanan terbaik untuk yang betul-betul inginkan rasa segar dan kalori yang rendah dan karbo sihat. Dan sayuran segar sangat membantu penghadaman.
Pisang – Senang didapati dan ada karbo tenaga yang cukup terutama untuk snacking dan pre workout meal sebelum bersenam.
Spaghetti dan pasta – Masak kosong digaul dengan olive oil dan goreng tanpa minyak dan mungkin boleh letak sikit perasa prego sebagai perasa tambahan.
Jadi, siapa kata nak kurus kena makan makanan tak sedap. Ambil makanan di atas dan praktikkan cara masakan.
Selamat Mencuba!
