
Tahu tak daun pegaga ini bagus sebagai anti obesiti, ya bagi yang ingin menurunkan berat badan maka daun pegaga ini bagus untuk kamu amalkan.
Tapi apa lagi kebaikan yang daun pegaga boleh berikan kepada kita, seperti sedia maklum ramai yang mengenali daun ini sebagai ulam-ulaman dan juga sebagai jus minuman di Malaysia.
Ini antara beberapa manfaat, jika mengamalkan daun pegaga dalam pemakanan dan kehidupan harian diri di bawah.
#1 Cuci Darah Kotor
Bagi wanita untuk mengeluarkan darah kotor biasanya menerusi kitaran darah haid bukan, kini tidak perlu menunggu kitaran darah haid untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh.
Dengan mengamalkan pemakanan atau minuman jus daun pegaga, ia boleh mencuci darah kotor dalam tubuh dengan berkesan.
#2 Menyejukan Badan
Jika diri kamu, anak-beranak atau ahli keluarga ada yang mengalami penyakit demam panas, daun pegaga ini boleh menyejukan badan sesuai untuk diamalkan semasa demam panas.
#3 Melancarkan Peredaran Darah
Kadang-kala penyakit hadir berpunca dari saluran darah yang tidak lancar serta tidak bersih, tetapi dengan mengamalkan makanan atau minuman jus daun pegaga ini ia boleh melancarkan peredaran darah dengan berkesan.
#4 Membekukan Darah
Bagi yang mengalami kecedaraan, luka-luka atau baru menjalani pembedahan, daun pegaga mempunyai fungsi bagi membekukan darah dan mempercepatkan baik pulih luka.
#5 Asma, Pernafasan, Dan Alahan
Bukan itu saja, daun pegaga juga bagus diamalkan bagi individu yang mengalami masalah asma, pernafasan dan alahan.
#6 Meningkatkan Tenaga
Wanita sering mengadu mengalami masalah kekurangan tenaga, nah dengan amalan memakan atau meminum jus daun pegaga ia dapat membekalkan tenaga dan meningkatkan tenaga dalam diri wanita.

#7 Kemurungan, Anxiety, Dan Insomnia
Berita baik bagi yang mengalami masalah kemurungan, anxiety dan insomnia, kamu boleh menangani masalah tersebut dengan amalan makan atau minum jus daun pegaga.
Terdapat kajian telah membuktikan bahawa daun pegaga, sememangnya berkesan bagi membantu masalah-masalah psikologi yang dialami kita semua.
#8 Anti Obesiti
Jangan terkejut daun pegaga juga sangat popular sebagai anti obesiti, untuk menguruskan dan menurunkan berat badan.
#9 Perbanyakkan Susu Ibu
Bagi wanita yang sedang hamil atau baru sahaja lepas bersalin, amalkan daun pegaga untuk memperbanyakkan susu ibu.
#10 Awet Muda
Siapa sangka daun pegaga juga bagus amal untuk awet muda, tingkatkan kolagen dalam tubuh dan juga mempunyai fungsi untuk melembapkan kulit.
Tak sangka banyak betul khasiat daun pegaga ini, bagi yang ingin menjaga kesihatan dalaman diri maka amalan memakan dan meminum jus daun pegaga sangat digalakkan.
Selamat beramal
