
Apakah khasiat kacang gajus pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat kacang gajus, kandungan nutrisi dan juga komponen sihat di dalamnya.
Pengenalan
Buah gajus atau nama saintifiknya anacardium occidentale merupakan sejenis buah yang berbentuk seakan-akan loceng dan mempunyai biji di dalamnya. Bijinya pula digelar kacang gajus dan sering digunakan dalam masakan malah sering digoreng dan dipanggang untuk dijadikan snek ringan.
Biji buah gajus mempunyai kulit yang keras bahagian luarnya manakala isi dalamnya mempunyai rasa berlemak. Bahagian luar buah gajus pula mempunyai isi buah gajus yang lembut berbanding bijinya dan turut digunakan dalam masakan.
Namun itu, ramai tidak mengetahui bahawa terdapat pelbagai kebaikan yang ditawarkan oleh buah gajus terhadap kesihatan. Artikel ini akan membincangkan kelebihan dan manfaat yang ditawarkan oleh buah gajus ini.
hasiat Kacang Gajus Terhadap Kesihatan
1. Mencegah kerosakan sel
Seperti yang dinyatakan di atas, kandungan polifenol di dalam buah gajus bertindak untuk mencegah kerosakkan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan vitamin c di dalamnya juga mempunyai sifat antioksida yang sama seperti polifenol di mana kedua-dua komponen ini mampu untuk memelihara kesihatan sel tubuh badan kita.
2. Mengurangkan nisbah kolesterol LDL-HDL
Satu kajian percubaan klinikan telah dijalankan ke atas 50 orang pesakit diabetes untuk mengkaji keberkesanan buah gajus di dalam menurunkan paras nisbah kolesterol LDL-HDL. Kajian dijalankan selama 8 minggu dan hasil mendapati bahawa nisbah kolesterol LDL-HDL di dalam peserta yang mengambil buah gajus lebih rendah berbanding paras nisbah kolesterol LDL-HDL peserta yang tidak mengambil buah gajus di dalam diet harian mereka.
3. Mengurangkan paras kolesterol LDL di dalam darah
Satu kajian percubaan klinikal telah dialankan terhadap peserta yang mempunyai risiko dan yang sudah mempunyai paras LDL yang tinggi untuk mengkaji kesan pengambilan buah gajus ke atas paras LDL di dalam darah. Kajian mendapati bahawa pengambilan buah gajus dalam kalangan peserta dapat mengurangkan paras jumlah kolesterol and paras kolesterol LDL di dalam darah.
Kajian telah dijalankan ke atas wanita india asia yang menghidap diabetes mellitus jenis 2 untuk mengkaji kesan buah gajus ke atas kesihtatan mereka. Kajian mendapati bahawa pengambilan buah gajus sebanyak 30 g sehari selama 12 minggu dapat mengurangkan paras tekanan darah sistolik dan meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) di dalam darah mereka.

4. Mengurangkan paras tekanan darah
Kajian telah dijalankan ke atas wanita india asia yang menghidap diabetes mellitus jenis 2 untuk mengkaji kesan buah gajus ke atas kesihtatan mereka. Kajian mendapati bahawa pengambilan buah gajus sebanyak 30 g sehari selama 12 minggu dapat mengurangkan paras tekanan darah sistolik dan meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) di dalam darah mereka.
5. Menurunkan paras insulin
Satu kajian percubaan klinikal telah dijalan ke atas 50 orang pesakit-pesakit diabetes selama lapan minggu. Kajian mendapati bahawa pesakit diabetes yang mengambil buah gajus di dalam diet mereka selama lapan minggu dappat mengurangkan paras nisbah LDL-HDL dan paras serum insulin. Paras insulin yang terlalu tinggi dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan obesity.
6. Mengandungi serat
Selain mengandungi nutrisis lain, buah gajus turut mengandungi serat di mana ianya penting untuk pelbagai tujuan kesihatan. Antaranya adalah dapat mengurangkan paras kolesterol di dalam darah dan melambatkan kenaikkan gula di dalam darah. Di samping itu, serat dpat mencegah sembelit keranya ianya meransang proses peristalsis.
7. Mengandungi vitamin c
Berdasarkan jadual komposisi mikronutrisi di atas, setiap 100 g buah gajus dapat membekalkan sebanyak 140 mg vitamin c di mana jumlah ini sudah dapat memenuhi lebih dari separuh keperluan vitamin c harian kita. Pengambilan vitamin c yang mencukupi dapat mencegah penyakit skurvi, meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu penyerapan zat besi.
8. Mencegah anemia
Buah gajus mengandungi kandungan vitamin c yang tingi di mana pengambilan vitamin c dapat membantu penyerapan zat besi untuk penghasilan hemoglobin yang membina sel darah merah. Ianya juga mengandungi elemen copper untuk pembentukan sel darah merah.
9. Melindungi mata
Buah gajus megandungi satu komoponen yang dikenali sebagai zeaxanthin. Komponen ini apabila diambil akan terus dibawa ke bahagian mata di mana ianya digunakan oleh badan untuk penghasilan pelindungan terhadap mata dari kesan-kesan bahaya sesetengah jenis cahaya.
10. Untuk kesihatan tulang dan sendi
Kandungan copper di dalam buah gajus dapat membantu mencegah kerapuhan tulang dan kehilangan mineral dari tulang. Selain itu, ianya juga penting di dalam pembentukkan kolagen dan tisu penghubung yang mampu untuk menjaga kesihatan sendi.
Konklusinya, terdapat pelbagai kebaikan yang ditawarkan oleh buah gajus terhadap kesihatan. Namun begitu, pengambilannya haruslah secara bersederhana dan mendapatkan nasihat yang sepatutnya dari pakar. Diharapkan artikel khasiat kacang gajus ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepad apara pembaca.
