Kita sentiasa bimbang akan tahap kesihatan, adakah kita mengambil makanan yang sihat untuk imunisasi, penampilan diri, dan macam-macam lagi, tetapi adakah kita memerhatikan organ paling penting yang mengawal tubuh kita?
Menjaga otak dengan cergas dan sihat sama pentingnya dengan menjaga kesihatan jantung atau organ lain.
Otak manusia mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk memproses dan menganalisis maklumat. Ia adalah pusat kawalan untuk semua produktiviti dan tindakan anda.
Tahukah anda, terdapat beberapa tabiat harian yang biasa kita buat perlahan-lahan boleh merosakkan otak. Jadi, ubah gaya hidup untuk membantu otak anda sihat dan cerdas.
Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
Terlebih Makan
Makan berlebihan menjadikan kita bertambah berat badan, merasa kembung perut, dan meningkatkan kemampuan penyakit yang mengancam nyawa.
Ia juga boleh merosakkan otak anda, dengan mengeraskan arteri otak. Oleh itu, merosakkan kemampuan mental kita.
Merokok
Kita semua sedar bahawa merokok risiko kanser, tetapi tahukah anda bahawa ketagihan nikotin juga boleh mengecilkan otak anda.
Sebenarnya, pengecutan otak untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.
Pengambilan Gula Yang Berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Terlebih Tidur
Kurang tidur juga bahaya, terlebih tidur lagilah mendatangkan mudarat. Tidur bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
Membiarkan Otak Bekerja Dalam Keadaan Kurang Sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
Jarang Berfikir
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Mendengar Fon Telinga Terlalu Kuat
Mendengar muzik di earphone atau headphone dengan volume yang sangat tinggi boleh merosaKkan kemampuan pendengara anda secara kekal.
Ia boleh mengakibatkan beberapa masalah otak seperti kehilangan ingatan dan kerosakan pada tisu otak anda pada masa akan datang.
Tidur Dengan Menutup Kepala
Anda mungkin merasa hangat dan selesa, tetapi tidur dengan selimut menutup kepala mungkin meningkatkan penggunaan karbon dioksida dan mengurangkan penggunaan oksigen.
Oksigen sangat penting untuk fungsi otak, dan tidak mendapat bekalan yang cukup boleh membahayakan sel otak anda.
Tak sangkakan perkara biasa yang sering anda lakukan setiap hari, secara perlahan boleh mudaratkan kesihatan otak. Jadi, sekarang masanya untuk memelihara otak anda dan memberikan perhatian yang sewajarnya.