Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara.
Tambah ikon pendakwah terkenal, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, seorang penyair Arab bernama Ahmad Syauqi juga pernah berkata, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah. Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan satu bangsa yang berakar umbi baik.
Nama figura VIP ini cukup sinonim dengan program televisyen Semanis Kurma yang bersiaran melalui saluran TV9 bersama suaminya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Keakraban dan kemesraan beliau bersama keluarga sewajarnya menjadi contoh kepada semua.
Ustazah Bahyah turut berkongsi beberapa tip ini untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Semak tip berikut dan cuba amalkan sama-sama ya!
TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA
- Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
- Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
- Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
- Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
- Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
- Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami.
- Sentiasa menjaga makan minum suami.
- Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
- Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
- Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Melihatkan kesibukan jadual harian beliau nescaya pasti terdetik di benak fikiran, bagaimana pendakwah wanita yang wajahnya sentiasa dibungai dengan senyuman ini mengekalkan stamina. Tidak lokek berkongsi rahsia, antara elemen penting ialah mendapatkan tidur yang mencukupi enam hingga lapan jam sehari.
“Saya juga menjaga makan dan minum supaya berat badan tidak bertambah. Di samping itu juga saya sentiasa melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh seperti menyapu sampah, berjalan-jalan dan bersenam,” jelas Datuk Ustazah Nor Bahyah mengakhiri bicara. Norzalina Mohd Alias
Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
salam kak sue, sekadar untuk dikongsi bersama.. Penampor, Pelempang dan Pemalas xde ek dlm kategori ni.. hahahaha…
——————————————————-
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2) P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
5) P seterusnya mewakili ‘persefahaman’
6) P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. “Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
*** Saya terima emel drpd seorang adik. Saya tak pasti punca emel ini tetapi saya suka dgn perkongsian ilmu ini….