≡ Menu

10 Tipu Daya Iblis Ketika Bertanya Soalan

Lumrah dalam kehidupan khususnya penuntut ilmu agama dan orang awam umumnya suka bertanya soalan terutama dalam majlis-majlis ilmu. Bertanya soalan merupakan salah satu kaedah belajar bahkan ianya amat digalakkan untuk menambah kefahaman terhadap sesuatu ilmu dan perbahasannya.

Namun begitu sikap manusia itu beragam-ragam. Bukan semua orang yang bertanya soalan itu ikhlas untuk belajar. Boleh jadi bertanya soalan itu membawa bencana dan keburukan terhadap dirinya.

Talbis (tipu daya) iblis juga boleh berlaku terhadap penuntut ilmu dan orang awam ketika mereka ingin bertanya soalan. Mungkin anda belum menemui jenis talbis iblis ini dalam karya Ibn Jauzi (bagi yang membacanya). Kini saya nyatakan 10 talbis iblis dalam bertanya soalan.

Kata Imam As-Syatibi (wafat 790 Hijrah) menyebutkan 10 jenis soalan yang makruh (tidak disukai) untuk ditanya. Maka saya katakan bahawa 10 jenis soalan ini merupakan antara bentuk talbis iblis yang boleh menjerat si penyoal jika dia tidak berhati-hati dengannya. Antaranya ialah:

السؤال عما لا ينفع في الدين

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Soalan berkaitan perkara yang tidak bermanfaat untuk Islam.

يسأل بعد ما بلغ من العلم حاجته

2. Bertanya setelah disampaikan apa ilmu yang diperlukannya (maksudnya perkara yang telah diketahui jawapannya dia tanya lagi).

السؤال من غير احتياج إليه في الوقت

3. Soalan berkaitan perkara yang tidak diperlukan ketika itu.

يسأل عن صعاب المسائل وشرارها

4. Bertanya perkara yang sukar dengan niat yang jahat (untuk merendah-rendahkan orang yang ditanya)- [Biasanya bagi yang suka berdebat]

يسأل عن علة الحكم وهو من قبيل التعبدات

5. Bertanya tentang ‘illah (sebab-sebab) ibadah-ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala yg bersifat ta’abbud. (Ibadah tanpa atas dasar taat tanpa perlu diketahui hikmah tertentu)

يبلغ بالسؤال إلى حد التكلف والتعمق

6. Bertanya perkara yang terlalu dalam hingga melampaui had taklifan dan terlalu berlebih-lebihan. [Biasanya yang suka berdebat]

BACA:  Sedeqah Yang Tidak Sampai. Bagaimana Pula Pahalanya? Adakah Sia-Sia Selama ini?

أن يظهر من السؤال معارضة الكتاب والسنة بالرأي

7. Bertanya perkara yang kelihatan bertembung antara nas (Al-Quran dan Hadith) dengan akal fikiran.

السؤال عن المتشابهات

8. Bertanya tentang sifat-sifat Allah subhanahu wa ta’ala yang mutasyabihat (samar-samar).

السؤال عما شجر بين السلف الصالح

9. Bertanya tentang perselisihan ulama’ As-Salafussoleh terdahulu.

سؤال التعنت والإفحام وطلب الغلبة في الخصام

10. Bertanya untuk menimbulkan perbalahan seterusnya menginginkan kemenangan (mengatasi lawannya) melalui perangkap dari soalan tersebut. [Ini biasanya bagi yang suka berdebat]

[As-Syatibi, Al-Muwafaqat 4/319-320]

10 soalan ini tentu pernah ada pada diri setiap penuntut ilmu. Anda dalam kategori yang mana? Jika masih ada, muhasabah dan insaflah!

Bak kata pepatah Arab:

اللأسألة للتفقه والعمل, لا للتفكه والجدل

“Soalan-soalan (yang ditanya) tujuannya untuk tafaqquh ilmu (mendalami ilmu) dan beramal, bukan untuk tafakkuh (bermain-main) dan berdebat”

Wallahua’lam

Link tulisan asal: https://www.facebook.com/addien90/posts/754213217931982

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.