≡ Menu

12 Petanda Masyarakat Sedang Tenat, Nauzubillah

وَٱتَّقُوا۟ فِتۡنَةࣰ لَّا تُصِیبَنَّ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمۡ خَاۤصَّةࣰۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya” [Surah al-Anfal 25]

#Dalam ayat ini Allah swt memperingatkan hamba-hambaNya yang beriman tentang adanya azab dan bala bencana yang menimpa orang-orang yang berbuat kejahatan dan yang tidak berbuat kejahatan. Ianya tidak hanya khusus menimpa para pelaku maksiat, juga bukan hanya menimpa orang yang secara langsung melakukan dosa, akan tetapi menimpa kedua-duanya, sekiranya bala bencana itu tidak diangkat dan dicabut.

#Berkata Sayidina Abdullah bin Abbas r.a dalam mentafsirkan ayat ini: “Allah swt memerintahkan orang-orang beriman agar mereka tidak membiarkan kemungkaran terjadi di hadapan mereka, kerana Allah swt akan menimpakan azab secara keseluruhan”.

#Daripada Al-Munzir Ibnu Jarir, dari ayahnya yang mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

مَا مِنْ قَوْمٍ يَعْمَلُونَ بِالْمَعَاصِي، وَفِيهِمْ رَجُلٌ أَعَزُّ مِنْهُمْ وَأَمْنَعُ لَا يُغَيِّرُونَ، إِلَّا عَمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ أَوْ: أَصَابَهُمُ الْعِقَابُ

BACA:  Jika Suka Kuku Panjang, Baca Dulu Penjelasan Syarak Kenapa Dinasihatkan Memotong Kuku

“Tiada suatu kaum pun yang mengerjakan kemaksiatan, sedangkan di antara mereka terdapat seorang lelaki yang paling kuat dan paling berpengaruh di antara mereka, lalu dia tidak mencegahnya, melainkan Allah akan menimpakan seksaan kepada mereka secara menyeluruh, atau Allah menimpakan bencana seksaan kepada mereka” (HR Abu Daud)

#Ini adalah larangan untuk bertolak ansur pada perkara yang kita tidak boleh bertolak ansur. Dalam ertikata lain, terlampau lembut dengan mereka yang menderhakai Allah. Padahal kita tidak buat pun macam mereka buat, cuma kita tidak tegur apa yang mereka lakukan. Jika ini berlaku, keadaan boleh bertukar jadi azab dan azab itu bersifat umum pula. Inilah akibat tidak menjalankan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat.

#Nabi saw memperingatkan kita semua bahawa diantara penyebab turunnya bala ialah sebagaimana sabdanya:

إِذَا اتُّخِذَ الفَيْءُ دُوَلًا، وَالأَمَانَةُ مَغْنَمًا، وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا، وَتُعُلِّمَ لِغَيْرِ الدِّينِ، وَأَطَاعَ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ، وَعَقَّ أُمَّهُ، وَأَدْنَى صَدِيقَهُ، وَأَقْصَى أَبَاهُ، وَظَهَرَتِ الأَصْوَاتُ فِي المَسَاجِدِ، وَسَادَ القَبِيلَةَ فَاسِقُهُمْ، وَكَانَ زَعِيمُ القَوْمِ أَرْذَلَهُمْ، وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ، وَظَهَرَتِ القَيْنَاتُ وَالمَعَازِفُ، وَشُرِبَتِ الخُمُورُ، وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الأُمَّةِ أَوَّلَهَا، فَلْيَرْتَقِبُوا عِنْدَ ذَلِكَ رِيحًا حَمْرَاءَ، وَزَلْزَلَةً وَخَسْفًا وَمَسْخًا وَقَذْفًا وَآيَاتٍ تَتَابَعُ كَنِظَامٍ بَالٍ قُطِعَ سِلْكُهُ فَتَتَابَعَ

BACA:  Sungguh Ngeri Bayangan Hari-Hari Terakhir Sebelum Kiamat, Ini Kupasan Surah Al-Zalzalah.

1. Apabila harta negara berlegar di kalangan pemerintah/kroni

2. Amanah dianggap rampasan perang

3. Zakat dianggap hutang

4. Ilmu dipelajari bukan untuk agama

5. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

6. Rapat dengan kawannya tetapi jauh dari bapanya

7. Masjid menjadi tempat sembang-sembang

8. Pemimpin di kalangan orang jahat dan lemah

9. Dimuliakan seseorang kerana takut kejahatannya

10. Alat hiburan berleluasa

11. Arak diminum

12. Umat mutakhir melaknat umat terdahulu

maka nantikanlah angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan tanda-tanda lain terjadi umpama kalung terputus tali lalu gugur satu-persatu permatanya” (HR at-Tirmizi)

Maka menjadi kewajipan kita untuk menegur, mencegah, menegah dan menasihati mereka yang melakukan dosa dan kederhakaan samada kepada pemimpin, para ilmuan dan juga rakyat jelata agar kita selamat daripada kemurkaan dan bala Allah. Jika kita diam saat maksiat berleluasa maka hentaman azab akan menimpa kita semua. Berwaspadalah!!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.