
Berdoa memang boleh dilakukan tidak kira waktu tetapi sebenarnya ada waktu tertentu di mana lebih mustajab berdoa sebagai mana yang disarankan oleh Rasulullah saw. Kadang-kadang kita berdoa tetapi Allah swt belum makbulkan doa kita. Tetapi itu tidak bermaksud Dia tidak sayangkan kita atau lupakan kita.
“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [ Al- Baqarah : 217 ]
Berikut adalah 19 waktu mustajab berdoa yang ingin kami kongsikan.
- Waktu pagi sebelum terbit matahahari iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.
- Setiap lepas solat fardhu.
- Di antara waktu Zohor dan Asar. Jika di antara Asar dan Maghrib.
- Waktu di antara azan dan iqamat.
- Ketika Bangun Tidur.
- Semasa solat, iaitu sebelum salam ( selepas membaca tasyahud akhir ).
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Pada masa takbir solat hari raya ( sela masa di antara takbir semasa solat ).
- Waktu di antara dua khutbah ( khutbah Jumaat dan khutbah hari raya ).
- Waktu menziarahi makam Rasulullah saw di Masjid Madinah.
- Waktu melakukan urusan penting.
- Waktu membaca doa qunut pada solat Subuh.
- Pada masa mengadakan majlis dan upacara yang bukan berbentuk maksiat.
- Waktu ditimba kesulitan,kecewa dan hati tidak tenteram.
- Waktu bertemu kembali dengan sanak-saudara atau sahabat yang lama terpisah.
- Waktu hujan turun.
- Waktu hendak memulakan solat dan selepas solat.
- Waktu selesai khatam 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat Al-Quran.
- Sewaktu sujud.

Selain itu juga, doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah swt ialah apabila kita berada dalam keadaan seperti di bawah :
- Orang yang terdesak.
- Orang yang difitnah dan dizalimi.
- Orang yang diredhai oleh ibu bapanya.
- Ibu bapa yang disayangi oleh anak-anak.
- Orang yang suka bertaubat.
- Pemimpin yang adil.
- Orang yang berpuasa dan sepanjang tempohnya sebelum waktu berbuka.
- Orang yang bermusafir
