Pemakanan seimbang amat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, terutamanya bagi penghidap barah. Ini kerana terdapat beberapa jenis makanan pesakit kanser ovari perlu dielakkan.
Jadi berikut adalah beberapa jenis makanan dan minuman boleh diamalkan bagi pesakit kanser ovari untuk mengekalkan keseimbangan makanan.
PENGHIDANG KANSER OVARI NAK MAKAN & MINUM APA YANG SESUAI?
Kanser ovari nak makan dan minum apa?
1. Minum air halia serbuk
Khasiat halia akan berubah-ubah mengikut cara halia diperoses. Apabila halia dikeringkan dan dijadikan serbuk, bahan khasiat dalam halia (gingerol) akan bertukar kepada shogaol.
Shogoal boleh membantu kurangkan tekanan darah tinggi dan rencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser ovari dan kanser usus besar. Bahan ini 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).
Kajian juga menunjukkan shogoal tinggi dalam halia bentong berbanding halia biasa. Sebaiknya ambil bersama madu asli.
2. Minum air kunyit
Curcumin adalah bahan khasiat dalam kunyit yang boleh menghalang semua fasa pertumbuhan kanser (permulaan dan penyebaran).
Bahan ini juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat kanser ovari, kanser hati dan kanser paru-paru. Banyak kajian klinikal telah membuktikan keberkesanannya.
Kajian menggunakan tabung uji menunjukkan menunjukkan bahan ini juga boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk leukemia, kanser limfoma, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser organ pembiakan, kanser payudara, kanser rahim, kanser paru-paru dan tumor otak.
Kajian mengunakan tikus pula menunjukkan bahan ini boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk kanser ovari, kanser paru-paru, kanser esofagus, kanser hati, kanser usus besar, kanser prostat dan kanser kulit.
Sebaiknya ambil kunyit bersama secubit lada hitam untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat. Walaubagaimanapun, perlu hadkan pengambilan jika berlaku pendarahan.