Perkahwinanan adalah sunnah Rasulullah. Ia dituntut bagi lelaki dan perempuan yang sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental kerana tanggungjawab dalam perkahwinan bukanlah batin semata-mata namun ada yang lebih besar dari itu.
Namun nampaknya pasangan muda khususnya yang baru berkahwin lima tahun ke bawah memilih 23 alasan cerai yang bukan saja mengarut tetapi juga mampu dijadikan bahan ketawa pada orang ramai.
Punggung menggerutu, tak pam tandas, isteri suka membasuh baju malam-malam, isteri meminta set persalinan 30 jenis warna baju seluar dan aksesori, suka mengikuti rombongan, suami tak suka isteri makan dalam kereta dan banyak lagi alasan.
Bagi yang sudah berusia dan melepasi tahap lima tahun perkahwinan ke atas, alasan-alasan mengarut ini dilihat seperti bahan ketawa tapi hakikatnya inilah realiti yang berlaku dalam perkahwinan masyarakat Islam khususnya.
Ketika persidangan di Dewan Rakyat semalam, Yeoh turut menjawab soalan Anggota Parlimen Kangar Amin Ahmad berkaitan sebab-sebab penceraian melibatkan pasangan berkahwin lima tahun dan ke bawah.
Berdasarkan statistik kementerian, kata Yeoh, terdapat 2,932 kes penceraian di Wilayah Persekutuan antara tahun 2013 dan 2017.Katanya, data dari negeri-negeri lain sedang dikumpulkan.
Bagi bukan Melayu pula, Yeoh berkata Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 14,440 kes penceraian untuk tempoh sama bagi kategori sama.
Katanya, lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling sukar.
Berdasarkan tinjauan pada 2014, lebih satu pertiga kes penceraian berlaku dalam tempoh itu, katanya lagi.
Ternyata, pasangan muda nampaknya gemar memilih alasan mengarut untuk bercerai.