“Ayish, minta tolong ambil beg tangan mama dalam bilik.”
Sedapkan bunyi hayat di atas? Jangan anda tak tahu setiap kata-kata yang ibu bapa ucapkan, akan diperhati dan diikut oleh si kecil. Apa yang dia nampak, itulah yang dilakukan. Jadi, penting untuk kita berhati-hati ketika bertutur di depan mereka.
Menerusi posting Dr Ahmad Luqman Bukhari, biasakan sebut tiga ayat magik depan si kecil kalau mahukan dia membesar menjadi anak yang hebat.
#1 Minta Tolong
Sentiasa ucapkan ‘minta tolong’ tiap kali kita nak minta si kecil tolong kita buat sesuatu.
#2 Minta Maaf
Cuba rendahkan diri kita untuk sebut ‘minta maaf’ sekiranya kita tersilap lakukan sesuatu yang tak betul walaupun mungkin perkara itu tak disengajakan.
#3 Terima Kasih Sayang Sebab Tolong
Manakala bila si kecil datang membantu kita siapkan kerja rumah atau dia puji masakan kita sedap, cepat-cepat kita ucap ‘terima kasih sayang sebab tolong ibu’.
Menurut doktor, mirror neuron dalam diri anak-anak kecil akan membuatkan mereka belajar untuk meniru semua perkataan kita apabila besar nanti.
Jadi makin kerap kita amalkan ayat ini, makin mudahlah kita lakukan kemahiran berkomunikasi yang sangat luar biasa ke dalam minda anak-anak. Itu dapat mengubah hidup mereka menjadi individu yang hebat suatu hari nanti.
Selepas ini, praktikkan cara ini agar anak-anak anda dapat membesar menjadi orang yang berjaya dan hebat nanti. Inshaallah!