≡ Menu

3 Ciri-Ciri Orang Yang Merasai Kemanisan Iman. Baca Hadis Ini

“Kemanisan Iman”

Hadith: 

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”.
(Riwayat : Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Terdapat 3 perkara untuk merasakan kemanisan iman iaitu:
    • Mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain
    • Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah sahaja, sebaliknya benci kembali kepada kekufuran setelah mendapat hidayah dan taufik daripada Allah SWT.
  2. Umat Islam disuruh supaya mengasihi seseorang itu hanya kerana Allah dan bukan kerana harta, kedudukan, pangkat dan sebagainya.
  3. Umat Islam dituntut supaya berpegang teguh kepada agama Allah sekalipun menghadapi berbagai-bagai rintangan dan ancaman.
  4.  Iman yang sempurna hanya wujud apabila seseorang itu merasa enak dan lazat melakukan taat, serta mengutamakan taat daripada harta benda dunia.
  5. Cintakan Allah dan Rasul bermaksud mengutamakan keredaan kedua-duanya daripada keredaan yang lain dan daripada hawa nafsu.
  6. Tanda atau bukti cinta kasih kerana Allah ialah penghormatan kepada orang yang dikasihi itu tetap sama dalam semua keadaan walaupun orang itu bertindak kasar terhadapnya.
  7. Kebencian kepada kekufuran ialah dengan menjauhi sebab yang boleh membawa kepadanya sama ada perbuatan, perkataan atau iktikad.
BACA:  Berbasikal Melebihi 5 Jam Seminggu Bersiko Merosakkan Sperma. Baca Lebih Lanjut

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.