≡ Menu

4 Himpunan Doa Untuk Mengelakkan Kita Daripada Kemunafikan

Bahaya munafik amat besar terhadap umat Islam. Perkara ini boleh melanda hati manusia apabila mereka sudah tidak lagi memandang berat akan reda Allah, sebaliknya ingin meraih perhatian dan ‘reda’ manusia semata-mata.

Sedangkan Islam mengajar kita untuk meraih reda Allah dengan melakukan perkara yang Allah suka dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Namun, hari ini, berapa banyak dari kalangan kita yang tidak endah akan perkara tersebut dan lebih mengejar perkara keduniaan semata-mata.

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan virus ini daripada melanda diri kita? Salah satunya adalah dengan mengamalkan doa yang diajar.

Terdapat beberapa doa yang diamalkan oleh nabi-nabi mahupun para sahabat dalam menghondari masalah ini, antaranya;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1 – Memohon Hidayah Dan Taufiq

للَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Maksud: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu hidayah, ketakwaan, kehormatan yang terjaga dan kekayaan.” (HR Muslim, no. 2721)

BACA:  Inilah 3 Doa Nabi Sulaiman Untuk KEKAYAAN, MURAH REZEKI DAN SYUKUR

#2 – Doa Yang Dibaca Oleh Ibrahim

 وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ

Mafhum: “Dan jauhkanlah aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.” (Surah Ibrahim, 14:35)

#3 – Doa Elak Dari Kekufuran

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْكُفْرِ، وَالْفُسُوقِ، وَالشِّقَاقِ، وَالنِّفَاقِ، وَالسُّمْعَةِ، وَالرِّيَاءِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kekufuran, kefasikan, kederhakaan, kemunafikan dan riak.” (HR Al-Hakim, no. 1944. Disahihkan oleh Al-Albani)

#4 – Doa Yang Diamalkan Abu Bakar

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur. Laa ilaha illa anta.” (HR Abu Daud, no. 5090)

Kesimpulan

Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini boleh membantu menetapkan hati kita hanya pada jalan Allah.

Bahayanya virus munafik ini sehingga ulama menyifatkan bahawa segala perkara kebaikan yang dilakukannya tidak diterima Allah kerana ia dilakukan bukan diniatkan untuk Allah tetapi untuk kepuasan manusia semata-mata.

Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.” (Surah An-Nisa, 4:145)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.