≡ Menu

4 Manfaat Petai Yang Sangat Baik Untuk Kesihatan. Wanita Perlu Tahu Kenapa

“Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil,” jelasnya.

Tapi betul ke petai berkesan? Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.

Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.

Selain baik untuk masalah gangguan jiwa, petai ternyata puna khasiat lain seperti berikut:

Mencegah anemia
Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti lemah, penat, pening kepala, mual, muntah dan mudah dijangkiti penyakit. Jadi, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menstabilkan tekanan darah
Petai sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah. Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

BACA:  Teh & Kopi Panas Risiko Kanser Esophagus? Menambah Susu Pula Melindungi Peminumnya

Merawat PMS
PMS yang selalu kaum hawa kena. Untuk pengetahuan anda, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.

BACA:  Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab?

Ini merupakan cara tradisional, tapi lebih baik jika anda merujuk kepada yang pakar. Hal ini kerana petai juga tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak. Menurut Dr Rafidah Abdullah, petai mengandungi kalium yang terlalu tinggi dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja!

Selamat Beramal dan Jaga Kesihatan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

x