≡ Menu

4 Manfaat Yang Tidak Kita Ketahui Kerana Jarang Makan Limau Gedang

Limau gedang atau popular dikenali sebagai grapefruit adalah buah sitrus yang mempunyai kandungan air yang paling tinggi sebanyak 92% berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Kalau kamu mahu tahu, limau gedang ini adalah buah yang dikacuk daripada limau bali dan buah oren. Dan rasanya sedikit masam dan pahit tetapi ada juga yang rasa manis seperti gula.

Mengandungi Vitamin C, citric acid, gula semula jadi dan pelbagai nutrien yang lain, limau gedang ini sangat berkhasiat dan memberikan pelbagai manfaat pada kesihatan kamu.

Kalau kamu tahu apakah manfaat yang boleh diperolehi, pasti kamu tidak akan skip untuk mengambilnya.

Turunkan Berat Badan 

Berat badan boleh diturunkan dengan lebih efektif apabila kamu mengambilnya ketika sarapan pagi. Mengandungi pelbagai jenis serat, limau gedang boleh membuatkan kamu berasa lebih cepat kenyang dalam tempoh yang lama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika kamu mahu pelbagaikan cara pemakanan limau gedang ini, kamu boleh campurkannya dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan sebagai salad, smoothies mahupun makan bersama yogurt asli.

BACA:  Bukan Lagi Sayur Yang Dipandang Hina. Ini Khasiat Kangkung, Bukan Sembarangan

Tingkatkan Pembentukan Kolagen

Mengandungi kandungan Vitamin A dan C yang tinggi, limau gedang ini dapat membantu meningkatkan pembentukan kolagen dalam badan.

Hasilnya, kamu boleh mendapatkan kulit yang lebih muda, tegang, cantik disebabkan oleh peningkatan kolagen dalam badan. Selain itu, kamu juga boleh atasi tanda-tanda penuaan dan membuatkan kulit menjadi lebih anjal secara semula jadi.

Memudahkan Proses Pencernaan 

Sebenarnya ada orang yang sering sembelit tidak kira lapisan umur. Apabila mengalami situasi begini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mencerna dengan normal.

Bagi menyelesaikan masalah ini, kamu boleh memakan limau gedang setiap hari. Ini kerana buah tersebut dapat merangsang pencernaan dengan cara tingkatkan pengaliran cecair gastrik dalam perut.

Semasa makan limau gedang itu, jangan buang kesemua tisu kulit luar buah yang berwarna putih kerana ia merupakan serat tambahan yang dapat membantu dalam pergerakan usus bagi proses mencerna.

Bengkak Kaki Ketika Hamil Dapat Dikurangkan

Tidak dinafikan ketika hamil, kebanyakan wanita akan mengalami bengkak-bengkak pada kaki mereka. Untuk kurangkan bengkak pada kaki, wanita hamil boleh amalkan untuk makan limau gedang.

Ini kerana limau gedang yang mengandungi bioflavonoid dan Vitamin C dapat membantu mengurangkan air yang tertahan di dalam badan dan kaki sepanjang hamil. Jika sering dijadikan amalan, tidak mustahil bengkak kaki dapat disurutkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.