≡ Menu

4 Peringatan Terhadap Orang Yang Liat Melunaskan Hutang. Nauzubillah

Rasulullah SAW ketika berdoa memohon perlindungan dari beban hutang. Baginda menyebut

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ

“…  aku berlindung dari cengkaman hutang…”

Kalimah “ghalabah” di situ bermaksud bebanan hutang yang sukar atau tidak mampu dilunaskan. Namun ramai dari kalangan masyarakat kita yang suka berhutang dan mengambil mudah soal melunaskan hutang.

Impak dari mengambil mudah untuk membayar kembali hutang;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

A. Memakan harta secara batil

Hutang merupakan hak orang lain yang kita ambil, sekiranya tidak dipulangkan maka kita telah memakan hartanya secara batil sedangkan Allah telah berfirman:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian makan harta sesama kalian secara salah!” (al-Nisa: 29).

B. Penghutang mudah berbohong dan mungkir janji

Orang yang terbeban dengan hutang akan mula berbohong dan memungkiri janji demi mendapatkan wang atau mengelakkan diri dari membayar, sebagaimana dalam hadis ‘Aisyah RA.

عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ الْمَغْرَمِ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

Daripada ‘Urwah bahawa ‘Aisyah RA mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solat: “Allahumma innii a’uudzu bika minal ma’tsami wal maghram” (Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang). Lalu ada seseorang yang bertanya: “Mengapa anda banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya”.(HR Bukhari No: 2222) Status: Hadis Sahih

Jangan sekali-kali ambil ringan apabila berhutang. Besar ancaman terhadap penghutang yang tidak melunaskan hutangnya. Antara ancamannya:

1. Tidak Diangkat Amalannya

Pesanan Nabi SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan” (HR Tirmidzi No: 999) Status: Hadis Sahih

BACA:  Ibu, Usah Mengeluh. Ganjaran Syurga Buatmu Diatas Pengorbananmu Membesarkan Diri Ini

2. Dosa Hutang Tidak Diampun Walaupun Mati Syahid

Rasulullah SAW bersabda:

يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ

“Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR Muslim No: 1886).

3. Terhalang Dari Memasuki Syurga.

Suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya di masjid, lalu ada jenazah yang dibawa untuk disolatkan.

Tiba-tiba Rasulullah SAW mengangkat pandangannya melihat ke langit seketika, kemudian tunduk dan meletakkan tangannya di dahi seraya mengucapkan: “Subhanallah, subhanallah! Apa urusan berat yang telah menimpa!” sehingga membuat para sahabat terdiam tidak berani bertanya sehari semalam.

Pagi keesokannya, salah seorang sahabat bertanya baginda: “Wahai Rasulullah, apa urusan berat yang telah menimpa (yang kamu sebut-sebut semalam)?”. Jawab baginda: “Tentang hutang”. Lalu baginda menyambung lagi: “Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, seandainya seseorang itu mati (syahid) di jalan Allah, kemudian dihidupkan kembali, kemudian mati (syahid) di jalan Allah lagi, kemudian dihidupkan kembali, sedangkan dia masih dalam keadaan berhutang, dia tidak akan masuk syurga selagi tidak dilunaskan hutangnya. (HR Ahmad).

4. Nabi Enggan Solatkan Jenazah Penghutang

Daripada Salamah bin Akwa` RA bahawa dia berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا فَقَالَ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟ قَالُوا لاَ قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا لاَ فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ: هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟ قِيلَ نَعَمْ، قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا ثَلاَثَةَ دَنَانِيرَ، فَصَلَّى عَلَيْهَا، ثُمَّ أُتِيَ بِالثَّالِثَةِ، فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ هَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا لاَ، قَالَ فَهَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟، قَالُوا ثَلاَثَةُ دَنَانِيرَ، قَالَ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ، قَالَ أَبُو قَتَادَةَ صَلِّ عَلَيْهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَلَيَّ دَيْنُهُ، فَصَلَّى عَلَيْهِ

“Pernah suatu ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, kemudian kami dibawakan sekujur jenazah. Mereka yang membawa jenazah itu memohon kepada Rasulullah SAW: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tidak”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan (mewariskan) sesuatu?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda solatkan jenazah itu. Kemudian dibawakan jenazah lain dan mereka memohon, “Wahai Pesuruh Allah! Solatkan jenazah ini”. Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Ya”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda solatkan jenazah itu. Kemudian datang jenazah ketiga. Mereka memohon: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda bersabda: “Biar kalianlah yang bersolat atas jenazah sahabat kalian ini.” Lalu Abu Qatadah merespon: “Mohon solat ke atas jenazah ini wahai Pesuruh Allah, aku akan menanggung hutangnya.” Lalu Baginda solatkan jenazah itu.” (HR Bukhari No: 2286)

BACA:  Walaupun Tsunami Melanda Palu, Amalan Syirik Memuja Penunggu Laut Tetap Diteruskan

5. Hutang Dibayar Dengan Pahala Di akhirat

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih

6. Allah Membinasakan Penghutang Sengaja Enggan Membayar

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

“Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.” (HR Bukhari No: 2387)

7. Zalim Menunda Membayar Hutang

Termasuk orang yang zalim mereka yang sengaja menunda pembayaran hutang sedangkan dia berkemampuan.

أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ

Abu Hurairah RA berkata; Nabi SAW bersabda: “Menunda pembayaran hutang bagi orang kaya adalah kezaliman”.(HR Bukhari No: 2225) Status: Hadis Sahih

Jadilah orang yang terbaik dalam berhutang.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ خَيْرَكُمْ أَوْ مِنْ خَيْرِكُمْ أَحَاسِنُكُمْ قَضَاء

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik kalian, atau dari sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR Ibnu Majah : No 2414) Status: Hadis Sahih

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.