≡ Menu

5 Buah-Buahan Ini Jangan Disimpan Dalam Peti Ais.

SETIAP kali membeli buah atau sayur-sayuran, perkara pertama yang akan kita lakukan apabila sampai ke rumah adalah menyimpan barangan tersebut dalam peti sejuk, bukan?

Kita buat begitu kerana merasakan ia perlukan udara sejuk untuk terus kekal segar tetapi sebenarnya ada beberapa jenis buah yang tidak patut disimpan dalam peti sejuk.

Ini kerana tidak semua buah boleh tahan ‘sejuk’ dan ia akan kekal segar lebih lama sekiranya anda letakkan di dalam bakul dalam suhu bilik.

1. Tomato

Jika difikirkan, peniaga atau pasar raya tidak pernah meletakkan tomato di dalam peti sejuk dan ia dipamerkan dengan bahan-bahan kering lain seperti bawang, ubi kentang dan sebagainya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ini kerana, tomato boleh hidup segar dalam suhu biasa dan jika disimpan dalam peti sejuk ia boleh membuatkan rasanya masam dan teksturnya kasar.

BACA:  Carilah Rezeki Yang Halal, Bekerjalah Dan Carilah Keberkatan Dalam Pendapatan

2. Epal dan buah pir

Jika anda suka simpan dua buah ini dalam peti sejuk, boleh ubah tabiat itu kerana ia akan mempercepatkan proses pematangan buah.

Sebab itu ia cepat rosak dan isinya menjadi lembik dan tak ranggup!

3. Pisang

Di pasar raya sendiri, mereka akan meletakkan pisang di atas rak. Itu juga yang perlu anda lakukan di rumah!

Satu-satunya situasi yang membolehkan anda simpan pisang dalam peti sejuk apabila ia sudah terlalu masak. Ia dapat menghentikan proses kematangannya dan boleh digunakan untuk membuat kek atau cekodok pisang!

BACA:  Meletakkan Langsir Di Pintu Rumah Adalah Sunnah Nabi? Ini Penjelasan Mufti

4. Tembikai

Sedapnya tembikai sejuk! Betul tapi sebelum memotongnya biarkan ia di atas rak dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

Sejukkan apabila ingin memakannya agar lebih sedap dan segar. Jika disimpan dalam peti sejuk, ia akan berubah menjadi pucat dan isinya keras.

5. Avocado

Cuba simpan avocado dalam peti sejuk dan potong selepas beberapa hari – anda akan dapati isinya menjadi kehitaman dan rasa manisnya akan menjadi sedikit pahit.

Sebaik-baiknya, beli buah-buahan yang mudah rosak ini apabila anda benar-benar memerlukannya dan bukannya beli untuk disimpan dalam peti sejuk!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.