≡ Menu

5 Kelebihan Puasa 6 Di Bulan Syawal. Alang Alang PKP, Eloklah Kita Teruskan Sahaja

Tahukah anda apa kelebihan Puasa 6 di bulan Syawal?

Walaupun bulan Ramadhan telah berakhir, kita tetap merindui suasana bulan puasa yang dilimpahi rahmat dan keampunan Allah.

Kini tibalah bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam yang telah mengerjakan ibadah puasa wajib selama sebulan.

Memang kita sudah tidak terikat lagi dengan ibadah puasa namun adalah amat dituntut untuk mengerjakan ibadah
puasa 6 pada bulan Syawal.

Berikut dikongsikan fadilat / kelebihan Puasa 6 di bulan Syawal menurut sumber rujukan dari Mufti dan JAKIM:

5 KELEBIHAN PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL

1. Mendapat Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Puasa merupakan salah satu ibadah yang mempunyai tempat yang tinggi di sisi Allah.

Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk melengkapkan puasa 6 pada bulan Syawal.

Memetik hadis riwayat Muslim yang dikongsikan oleh JAKIM :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Terjemahan:
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.”

(Hadith riwayat Muslim, no. 1164, Abu Dawud, no. 2433, al-Tirmizi, no. 759, Ibn Majah, no. 1716, Ahmad, no. 22433 & 22454)

Menerusi hadis ini, puasa 6 juga dilihat sebagai tanda kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad dengan mengurniakan peluang untuk beroleh pahala berpuasa setahun jika puasa bulan Ramadhan dilengkapi dengan puasa enam hari di bulan Syawal.

Ibadah yang kita lakukan tak lain hanyalah bagi mendapatkan pahala serta keredhaan Allah. Terdapat satu lagi hadis yang memberi gambaran tentang fadhilat puasa enam hari pada bulan Syawal.

Berdalilkan satu riwayat hadith yang bermaksud: “Puasa Ramadhan pahalanya menyamai berpuasa selama sepuluh bulan dan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal menyamai puasa selama dua bulan. Maka ianya mencukupi setahun.”

(Hadith riwayat Ahmad, no. 21378, Ibn al- Khuzaimah dalam sahihnya, no. 2115, al-Darimi, no. 1755, al-Baihaqi dalam sunan al-Kubra, no. 8230).

Tawaran ini hanya datang setahun sekali untuk kita merebut pahala berpuasa sebulan pada bulan bulan Ramadhan dan Syawal.

Menurut perkongsian dari JAKIM, ulama terkemudian dalam Mazhab Syafie seperti al-Khatib al-Syarbini dan Imam al-Ramli, orang yang menunaikan puasa lain seperti qadha’, nazar atau puasa sunat Isnin Khamis selama enam hari dalam bulan Syawal turut memperolehi pahala puasa sunat Syawal.

BACA:  Zaman Serba Moden, Banyak Maksiat Yang Tersembunyi Dalam Terang-Terang. Nauzubillah

Oleh itu, bulan Syawal ialah bulan yang digalakkan bagi kita untuk mengerjakan puasa seperti puasa sunat, nazar atau qadha’.

2. Menampung Kekurangan Puasa Ramadan

Antara kelebihan puasa 6 adalah ia merupakan peluang untuk kita menampung kekurangan puasa Ramadan yang terdahulu.

Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)

3. Meneruskan Momentum Ibadah Ramadan

Selain itu, kita juga amat digalakkan untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal untuk meneruskan momentum amal ibadah yang telah dilakukan pada bulan Ramadan.

Kebanyakan dari kita amat bersemangat untuk melakukan amal ibadah ketika bulan Ramadan, dan berjaya melawan nafsu untuk menggandakan amalan berbanding bulan-bulan lain.

Untuk membantu mengekalkan momentum tersebut, puasa 6 dapat melatih jiwa kita untuk tetap konsisten dalam tetap mengerjakan amalan sunat.

4. Menjadi Pelengkap Ibadah Fardhu

Seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Kerajaan Negeri Perak, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, kita sebagai hamba-Nya yang lemah sentiasa berharap supaya amalan sunat yang dilakukan dapat menjadi pelengkap kepada amalan-amalan fardhu yang mempunyai kekurangan.

Bertepatan dengan hadis Qudsi :
إنَّ أوَّلَ ما يحاسبُ النَّاسُ بِه يومَ القيامةِ من أعمالِهمُ الصَّلاة قالَ يقولُ ربُّنا جلَّ وعزَّ لملائِكتِه وَهوَ أعلمُ انظروا في
صلاةِ عبدي أتمَّها أم نقصَها فإن كانت تامَّةً كتبت لَه تامَّةً وإن كانَ انتقصَ منها شيئًا قالَ انظُروا هل لعبدي من تطوُّعٍ فإن
كانَ لَه تطوُّعٌ قالَ أتمُّوا لعبدي فريضتَه من تطوُّعِه ثمَّ تؤخذُ الأعمالُ علَى ذاكُم

Terjemahan : “Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Baginda S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman kepada para malaikat-Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba-Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, FirmanNya: Lihatlah adakah ada pada hamba-Ku itu amalan-amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hamba-Ku itu amalan fardhunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu.”
(Riwayat al Hakim)

BACA:  Mengumpat Kini Semakin Mudah. Dalam Dunia Serba Viral Sekarang Ini, Kita Terkadang Tak Sedar Yang Kita Sebenarnya Mengumpat

5. Allah Menjanjikan Syurga Buat Yang Rajin Berpuasa

YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin turut menjelaskan ganjaran syurga buat umat Islam yang rajin berpuasa bagi mengejar keredhaan Allah. Sepertimana hadis Nabi Muhammad S.A.W, terdapat pintu syurga yang telah dikhususkan iaitu Ar-Rayyan buat hamba Allah yang melazimkan ibadah puasa.

مَن أَنفَقَ زوجَينِ في سبيلِ اللهِ، نودِيَ من أبوابِ الجنةِ: يا عبدَ اللهِ هذا خيرٌ، فمَن كان من أهلِ الصلاةِ دُعِيَ من بابِ الصلاةِ،
ومَن كان من أهلِ الجهادِ دُعِيَ من بابِ الجهادِ، ومَن كان من أهلِ الصيامِ دُعِيَ من بابِ الرَّيَّانِ، ومَن كان من أهلِ الصدقةِ
دُعِيَ من بابِ الصدقةِ . قال أبو بكر رضي الله عنه : بأبي انت وأمي يا رسول الله ما على من دعي من تلك الأبواب من
ضرورة ، فهل يدعى أحد من تلك الأبواب كلها؟ قال : نعم وأرجو تكون منهم.

Terjemahan : “Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah S.A.W. Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda S.A.W: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.”

Bulan Syawal juga dilihat sebagai kayu ukur sama ada amalan pada bulan Ramadhan berjaya memberi kesan pada hati dan perbuatan kita.

Sekiranya kita masih mengekalkan rutin ibadah sama seperti dalam bulan puasa, bererti kita telah berjaya mencapai matlamat sebenar bulan Ramadhan itu sendiri, iaitu sebagai bulan latihan bagi umat Islam dalam mengutamakan ibadah kepada Allah berbanding perkara lagha.

Oleh itu, sementara kita punya masa terutamanya dalam bulan PKP ini, janganlah kita melepaskan peluang untuk meraih pahala puasa enam yang hanya datang setahun sekali.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.