≡ Menu

5 Khasiat Limau Mandarin. Baik Untuk Tekanan Darah Dan Usus.

SETIAP kali kedatangan Tahun Baru Cina, limau mandarin pasti akan menjadi satu kemestian dan banyak dijual sebagai salah satu simbolik perayaan itu.

Limau mandarin adalah salah satu ‘keluarga’ limau dan lemon – tetapi ia biasanya lebih kecil, manis dan kulitnya mudah dikupas.

Tetapi tahukah anda limau mandarin bukan sahaja enak tetapi buah ini mengandungi pelbagai nutrisi penting yang baik untuk kesihatan.

Berikut adalah lima manfaat buah-buahan ini;

1. Ketahanan terhadap penyakit

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beta-karoten dan beta-cryptoxanthin adalah senyawa yang menjadikan limau mandarin berwarna oren dan di samping itu ia adalah antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.

Limau mandarin memiliki lebih banyak beta-karoten dan beta-cryptoxanthin daripada limau biasa, menjadikannya makanan tambahan yang sangat baik untuk pola pemakanan anda.

Tubuh manusia akan mengubah beta-karoten dan beta-cryptoxanthin menjadi vitamin A, yang penting untuk sistem kekebalan yang sihat, penglihatan yang baik serta perkembangan normal.

BACA:  Jangan Jadi Ibu Bapa Yang Tak Peka Dengan Masalah Anak. Kemahiran Mendengar Sangat Penting

Ia juga sumber vitamin C yang sangat baik yang berfungsi membantu sistem kekebalan tubuh selain menjaga kesihatan kulit dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Sumber vitamin C dalam makanan adalah lebih baik diserap oleh tubuh berbanding pengambilan suplemen.

2. Mengawal kolesterol

Limau mandarin adalah makanan bebas kolesterol selain kaya dengan serat yang membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama.

Serat ini terbukti membantu mengurangkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat kerana ia akan berkumpul dalam pembuluh darah dan menyebabkan masalah jantung.

Dengan menurunkan kadar LDL, seseorang juga dapat menurunkan risiko terkena serangan sakit jantung atau angin ahmar.

3. Menurunkan tekanan darah

Manfaat lain buah ini adalah membantu mengawal tekanan darah tinggi disebabkan oleh pengambilan makanan berlemak dan merokok.

Jika tidak dikawal, ia boleh meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

Makan buah buahan yang kaya serat boleh membantu menurunkan tekanan darah selain ia juga mengandungi potasium.

Kandungan kalium pula mampu menurunkan tekanan darah dengan membantu tubuh membuang lebihan natrium (garam) sekali gus mengurangkan ketegangan pada dinding pembuluh darah.

4. Kuatkan tulang

Selain potasium, limau mandarin juga mengandungi kalsium dan magnesium – yang membantu memadatkan mineral tulang dengan lebih tinggi.

Ini bermaksud tulang seseorang lebih kuat dan tidak mudah patah sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

5. Tingkatkan kesihatan usus

Kandungan serat dalam buah itu turut memberi manfaat kepada sistem pencernaan di mana serat akan membentuk gel di saluran penghadaman.

Ini akan menarik air ke usus untuk melembutkan najis dan melancarkan proses membuang air besar.

Tidak hanya itu, limau mandarin cukup baik menurunkan risiko penyakit kronik bahkan membantu anda menurunkan berat badan!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.