≡ Menu

5 Manfaat Jika Kita Melazimi Qiamullail. Kuatkan Semangat Untuk Bangun

Qiamullail dimaksudkan dengan ‘bangun malam’ yang mana bertujuan untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Pada ketika ini , seseorang itu akan bangun dari tidur malamnya semata-mata ingin mengerjakan ibadah kepada Allah , bertakbir membesarkan Allah S.W.T dan berzikir memuji kekuasanNya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 79:

وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

Ibadah yang boleh dilakukan ketika Qiamullail adalah seperti solat sunat:
  1. Tahajjud
  2. Taubat
  3. Hajat
  4. Tasbih

Selain ibadah solat , kita juga boleh beramal dengan amalan-amalan yang lain ketika qiamullail seperti , membaca Al-Quran , memperbanyakkan zikir , berdoa , beristighfar dan sebagainya.

Jom kita lihat satu persatu kesan hebat apabila Qiamullail dijadikan amalan dalam kehidupan.

1. Lebih merasai dan memahami isi Al-Quran

Dalam keadaan kita yang sibuk di siang hari adalah sangat susah untuk mencapai tahap fokus yang tinggi untuk memahami setiap isi Al-Quran yang telah dibaca. Berlainan pada malam hari yang mana semua kesibukan kita hilang dan perhatian dapat ditumpukan sepenuhnya dalam bacaan kita.

BACA:  Awas, Ini 7 Tanda Tanda Menghidap Kanser Prostat. Periksa Diri Sendiri

Firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5 yang bermaksud:

“Wahai orang yang memakai pakaian! Bangunlah berjaga malam (bersolat) selain sedikit waktu saja, seperduanya atau kurangkan lagi daripada itu, dan bacalah Al-Quran dengan terang dan perlahan-lahan. Kami akan memberimu perkataan yang berat.”

2. Dapat Bermuhasabah diri

Keadaan dan suasana pada waktu ini sunyi dan kita akan dapat merasakan ketenangan yang luar biasa. Pada waktu ini lah kita  dapat bertafakkur segala ciptaan dan nikmat yang telah diberikan Allah S.W.T kepada hambaNya.

Dalam masa yang sama dapat merenung kembali segala perbuatan kita. Adakah apa yang kita lakukan sebelum ini diterima Allah ?

Dan ketika ini kita hanya meminta pengharapan kepada Allah supaya amalan yang telah kita lakukan di dunia ini diterima dan mendapat rahmat dariNya.

Firman Allah dalam surah As-Sajadah ayat 16 yang bermaksud:

“Mereka meninggalkan tempat tidur mereka menyeru Tuhan mereka dengan penuh kecemasan dan pengharapan….”

3. Kekhusyukan Beribadah lebih Tinggi

Dalam surah Al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud:

“Sesungguhnya jiwa yang terbentuk di waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya.”

Pada waktu ini , ibadah yang dilakukan lebih merasuk ke dalam hati, lebih berkesan serta lebih khusyuk bacaannya berbanding ibadah di siang hari yang sentiasa akan terganggu dengan segala kesibukan duniawi.

BACA:  “Bala Sosial Media, Posting Tidak Tutup Aurat Kekal Sebagai Tontonan”-Ustaz Don
4. Doa mudah dikabulkan

Antara waktu mustajab untuk berdoalah adalah ketika waktu sepertiga akhir malam.  Jadi perbanyakkanlah berdoa ketika waktu kita melaksanakan qiamullail.

إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ، يَسْأَلُ اللهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

Dari jabir berkata : Aku mendengar Nabi bersabda: “Sesungguhnya di malam hari ada satu masa apabila seorang mukmin berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat, Allah mesti mengabulkannya, dan ianya ada di setiap malam”

(Hadis Riwayat Muslim)

5. Lebih dekat dengan Maha Pencipta

عليكم بقيامِ الليلِ؛ فإنَّه دَأْبُ الصالحينَ قبلَكم، وهو قُرْبةٌ إلى ربِّكم، ومَكْفَرةٌ للسِّيِّئاتِ، ومَنْهاةٌ عن الإثمِ

Dari Abu Umamah al Bahili, Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”

(Hadith Hasan Riwayat al Tirmizi)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.