Ibnu Rajab radiallahuanhu menyebutkan beberapa faedah di antaranya:
1) Berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan akan menyempurnakan
ganjaran berpuasa setahun penuh.
2) Puasa Syawal dan puasa Syaaban seperti halnya solat rawatib qabliah dan ba’diah.
Amalan sunnah seperti ini akan menyempurnakan kekurangan dan cacat yang ada dalam
amalan wajib. Setiap orang pasti memiliki kekurangan dalam amalan wajib. Amalan
sunnah inilah yang nanti akan menyempurnakannya.
3) Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan
puasa Ramadhan. Kerana jika Allah Ta’ala menerima amalan hamba, maka Dia akan
memberi taufik pada amalan soleh selanjutnya. Sebagaimana sebahagian salaf
mengatakan, “Balasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya.
Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu dia melanjutkan dengan kebaikan selanjutnya,
maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama.
4) Kerana Allah telah memberi taufik dan menolong kita untuk melaksanakan puasa
Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu, maka hendaklah kita
mensyukuri hal ini dengan melaksanakan puasa setelah Ramadhan. Sebagaimana para
salaf dahulu, setelah malam harinya melaksanakan solat malam, di siang harinya mereka
berpuasa sebagai rasa syukur pada Allah atas taufik yang diberikan.
5) Lebih baik bagi seseorang yang masih memiliki qada’ (tanggungan) puasa Ramadhan
untuk menunaikannya terlebih dahulu daripada melakukan puasa Syawal,Kerana tentu
saja perkara yang wajib haruslah lebih diutamakan daripada perkara yang sunnah.
Walaubagaimanapun penggabungan kedua-dua ibadah ini dibenarkan.(kecuali kepada
orang yang berbuka puasa tanpa sebab, maka dilarang gabungan tersebut) wallahua’lam