≡ Menu

5 Pantang Larang Tentang Mandi

1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau

Mitos! Panau adalah jangkitan sejenis kulat pada kulit. Kulat ini memang hidup di permukaan kulit manusia, namun ia hanya menyebabkan panau apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti badan rendah,atau tubuh kekurangan gizi. Hakikatnya, jika berpeluh atau selepas mandi, anda tak keringkan badan, maka anda berisiko kena panau dan pengor.

2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit.

Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Proses pencernaan tetap akan berlangsung, dan lemak tidak akan membeku hanya kerana penurunan suhu badan akibat mandian. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi(Arab).

BACA:  Kanser Prostat, Jika Berusia 45 Tahun Ke Atas, Elok Lah Kita Berhati-Hati

3. Mandi basahkan kepala dulu menyebabkan strok.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak, sama ada akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak. Mandilah anggota apa dulu pun, tapi tak kawal hipertensi, diabetes dan masalah jantung, maka tetap berisiko kena strok.

4. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair.

Mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak. Namun, jika anda menghidapi asma dan alah kepada sejuk, mandi malam boleh menyebabkan serangan asma.

BACA:  Remaja 18 tahun meninggal dunia kerana kanser perut, selepas kerap makan mi segera setiap malam

5. Mandi lama² ketika pantang bersalin sebabkan bentan.

Mitos. Mandi lama-lama tidak menyebabkan bentan atau badan masuk angin. Luka perineum atau perut jika bersalin melalui pembedahan Cesarean, perlu dijaga dengan baik. Jangkitan pada luka boleh menyebabkan demam. Selain itu, perlu makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.