
Sesetengah orang tetap merasa sibuk tak kira bekerja di pejabat mahupun di rumah. Bagi mereka yang telah berkahwin, sudah pasti akan ada sesuatu yang mereka harus lakukan dan perlu ditangani.
Keadaan ini sudah tentu meletihkan. Walaupun kita merasa bahawa harus memenuhi keperluan anak-anak dan pasangan akan tetapi sangat penting untuk memperhatikan diri sendiri terlebih dahulu.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa cinta akan diri atau sayangi diri adalah kunci kesihatan mental dan juga merupakan kepuasan hidup yang sangat besar.
Salah satu cara untuk menguruskan diri adalah dengan mengenali syarat atau petunjuk yang diberikan oleh tubuh.
Berikut adalah 5 pentunjuk yang diberikan oleh tubuh dan minda:
1. Tidak ada yang menarik lagi
Petunjuk awal bahawa kita merasa letih dan memerlukan “masa saya” ketika kita tidak lagi boleh menikmati sesuatu perkara. Kita mula mengeluh dan mudah berasa bosan.
2. Selera makan meningkat
Kebanyakkan orang menjadikan makanan sebahagian daripada penunjuk untuk emosi mereka. Mereka akan makan dengan kadar yang tidak tentu apabila dalam keadaan sedih, bosan atau cemas.
3. Pemikiran yang beremosi
Ketika kita tenang, walaupun sesuatu kerja yang dilakukan itu agak besar dah susah, kita akan berfikir positif dan menganggap itu bukanlah suatu masalah besar. Tetapi apabila seseorang itu mudah untuk sedih dan mengeluh walaupun kerja yang dilakukan itu sangat mudah untuk dilakukan, sudah pasti mental dan tubuh dalam keadaan tidak terbai
Diperlukan rehat, dan jangan buat apa-apa sehingga emosi menjadi stabil.

4. Mudah untuk marah
Perkara ini mempunyai persamaan dengan pemikiran yang beremosi dan bezanya disini adalah pemikiran yang beremosi (3) menunjukkan suatu perasaan sedih, marah, mengeluh dan sebagainya akan tetapi pada point ini menunjukkan sesuatu perihal marah yang sangat pelik sehinggakan tidak masuk akal.
Sangat mudah untuk melenting. Hal ini juga disebabkan faktor keletihan fizikal dan emosi oleh seseorang. Seseorang yang mempunyai gejala seperti ini disyorkan untuk berehat, bersenaman dan membuat perancangan dalam setiap aspek harian bagi meningkatkan lagi hormone endorphin.
5. Ingin bersendirian
Tidak suka akan keadaan yang bising, tidak suka berbual dengan orang lain dan kadang-kadang terdapat insan yang pergi ke tandas untuk bermain telefon pintar dan keluar daripada zon sosial. Perkara ini merupakan pertunjuk yang paling besar terhadap seseorang dah seharusnya memberikan masa dan waktu kepada diri sendiri.
