≡ Menu

5 Sebab Kenapa Mengamalkan Teh Hijau Membantu Proses Menguruskan Badan. Sebab Tu Orang Jepun Tak Ramai Yang Obese

“Orang kata kalau minum teh hijau ni boleh kurus. Betul ke?”

Kalau korang perasan, ramai orang yang dalam misi untuk kurus biasanya akan minum teh hijau aka green tea.

Walaupun ia popular sebagai minuman diet, sebenarnya teh hijau ni telah digunakan secara tradisional terutamanya oleh orang Cina sejak dahulu lagi untuk tujuan kesihatan.

So, sebenarnya bagaimana teh hijau ni boleh membantu seseorang untuk kurus?

Jom kita fahamkan lebih lanjut tentang kebaikan teh hijau ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

5 KEBAIKAN TEH HIJAU UNTUK DIET & KURUSKAN BADAN – BERDASARKAN KAJIAN

Teh hijau dibuat dari daun tanaman camellia sinensis.

Daunnya dipetik, dilayukan sedikit, kemudian segera dimasak untuk mengekalkan kualiti hijau dan mencegah pengoksidaan.

Hasil daripada kaedah ini, teh hijau mempunyai kepekatan klorofil, polifenol, dan antioksidan yang jauh lebih tinggi daripada jenis teh lain.

Menurut Healthline.com, ini adalah antara sebab bagaimana teh hijau boleh membantu kita untuk turunkan berat badan.

1. TEH HIJAU MENGANDUNGI BAHAN YANG MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Daun teh hijau mengandungi pelbagai kompaun yang bermanfaat untuk tubuh, termasuklah untuk membantu menurunkan berat badan.

Salah satu komponen utama dalam teh hijau adalah kafein, di mana kafein telah dibuktikan dapat membantu pembakaran lemak dan meningkatkan prestasi senaman dalam banyak kajian.

BACA:  Adakah Benar Kisah Kucing Boleh Menolong Tuannya Di Akhirat?

Kajian juga menunjukkan bahawa minum secawan teh hijau meningkatkan jumlah antioksidan dalam aliran darah.

Salah satu komponen penting dalam antioksidan ini adalah epigallocatechin gallate (EGCG), iaitu sejenis bahan yang dapat meningkatkan metabolisme.

2. TEH HIJAU MAMPU MEMECAHKAN LEMAK

Untuk membakar lemak, badan kita mesti memecahkannya terlebih dahulu di dalam sel lemak dan kemudian memindahkannya ke dalam aliran darah.

Kajian menunjukkan bahawa sebatian aktif dalam teh hijau dapat membantu proses ini dengan meningkatkan kesan beberapa hormon pembakar lemak, seperti norepinephrine (noradrenaline).

Antioksidan utama dalam teh, iaitu EGCG tadi, dapat membantu menghambat enzim yang memecah hormon norepinephrine ini.

Apabila enzim ini dihambat, jumlah norepinephrinemeningkat, lalu mendorong pemecahan lemak.

Oleh sebab itu, lebih sel lemak yang dipecahkan, kemudian dilepaskan ke aliran darah untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel seperti sel otot.

3. TEH HIJAU MENINGKATKAN PEMBAKARAN LEMAK

Kalau korang perasan, banyak produk dan suplemen pembakar lemak menggunakan kelebihan teh hijau sebagai salah satu bahan istimewanya.

Ini kerana ekstrak teh hijau telah berulang kali dikaitkan dengan peningkatan pembakaran lemak, terutama semasa bersenam.

Dalam sebuah kajian, lelaki yang mengambil ekstrak teh hijau sebelum bersenam membakar lemak 17% lebih banyak daripada lelaki yang tidak mengambil makanan tambahan. Kajian menunjukkan bahawa khasiat teh hijau dapat meningkatkan kesan pembakaran lemak melalui senaman.

Kajian-kajian lain juga mendapati catechins dan EGCG yang terdapat dalam teh hijau mampu meningkatkan pembakaran lemak, baik semasa bersenam mahupun dalam keadaan rehat sera membantu penurunan lemak dalam jangka masa panjang.

BACA:  3 Tanda Sakit Apendiks Mungkin Akan Berlaku Tanpa Anda Sedar

4. TEH HIJAU MENINGKATKAN KADAR METABOLISME TUBUH

Tahu tak, sebenarnya sama ada kita sedang tidur atau duduk, sel kita menjalankan berjuta-juta fungsi yang memerlukan tenaga dan ini bermaksud badan kita sentiasa membakar kalori.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak teh hijau atau suplemen EGCG dapat membuatkan tubuh kita membakar lebih banyak kalori – walaupun pada waktu rehat.

Beberapa bukti turut menunjukkan bahawa kesan peningkatan metabolisme berterusan dalam jangka masa panjang.

Dalam satu kajian pada 60 individu gemuk, mereka yang mengambil ekstrak teh hijau kehilangan 7.3 paun lebih banyak (3.3 kg) dan membakar 183 lebih banyak kalori sehari selepas 3 bulan mengamalkannya, berbanding mereka yang tidak mengambil ekstrak tersebut.

Namun, perlu diingat bahawa tidak semua kajian menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau meningkatkan metabolisme. Kesannya mungkin bergantung pada individu.

5. TEH HIJAU MEMBANTU MENGAWAL SELERA MAKAN

Salah satu kelebihan teh hijau adalah ia dapat membantu mengurangkan selera makan.

Mungkin disebabkan rasanya yang pahit, ia tidak memberi kesan ketagihan atau cravings seperti mana minuman manis yang lain.

Oleh sebab itu, seseorang mampu mengawal selera makan apabila menukar minuman manis dengan teh hijau tanpa gula.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.