
5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaALLAH, tahun-tahun selepas itu akan menjadi mudah.
Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni.
–
Walaupun dah bercinta bertahun-tahun, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak kan betul-betul kenal siapa pasangan kita yang sebenar. Adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat-buat? Masa ni kita akan kenal.
Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita “berkahwin” jugak dengan keluarga pasangan. Ibubapa dia, adik beradik dia,sebulan dua berkahwin, tak ada hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dengan ibubapa pasangan, adik beradik pasangan. Selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insya ALLAH, aman dan tenteram hidup,kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging la seumur hidup,selagi pegang title menantu.
–
Bab duit ni pulak, ada banyak benda yang nak kena beli. Kalau tak duduk sekali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli rumah, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang-barang mentah dan sebagainya which is masa bujang tak beli, tak ada pun tak apa, tetapi setelah berkahwin ia menjadi keperluan.
Ujian ni yg ramai pasangan gagal,sanggup berhutang utk nk melengkapkan rumah. Ada yang mengorbankan kluar duit simpanan semata-mata nak semua peralatan dan kelengkapan ada. Perlu difahami, anda baru kawin, baru berhabis duit utk majlis, maka perlukan masa untuk stabil. Gaji bulan pada awal awal fasa perkahwinan, kongsilah dengan pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan.



–
Orang perempuan ni ada peraturan-peraturanya sendiri.
Sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah, sampah buang dalam tong sampah, jangan tinggal sesuka hati…baju, seluar, tuala tak boleh longgok, kena sidai atau sangkut…kalau keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa dan sebagainya. Masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang tak boleh ikut. Untuk yang boleh ikut, maka tak akan ada masalah, untuk yang tak boleh ikut, yang ni akan memberi tekanan pada isteri. Isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang tak faham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri.
–
Isteri baru sampai rumah selepas balik kerja, then suami sampai. Suami terus tanya, kenapa tak masak lagi? Perlu tegok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu. Lebih baik ajak dia makan diluar or keluar bungkuskan makanan. Perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur sebelum meminta dari isteri. Kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri.

Loading...