≡ Menu

5 Tanaman Yang Dapat Mengharumkan Rumah Dengan Semulajadi

Tenangnya jiwa bila melangkah masuk ke dalam rumah yang berbau harum, wangi semerbak.

Selain menggunakan alat penyegar udara, kamu boleh juga pertimbangkan beberapa tanaman ini. Tanaman ini boleh kamu letak di dalam rumah.

Pokok Hoya Carnosa & Hoya Kentiana

Pokok Hoya Carnosa berbau seperti coklat atau vanila, manakala Hoya Kentiana mengingatkan pada butterscoth. Pokok ini tidak sukar dijaga, pastikan tanah sentiasa lembap dan hindari cahaya matahari langsung ke daun.

Jasmine (Pokok Bunga Melur)

Pokok ini mempunyai bau manis yang cukup mengasyikkan sekali, sangat ketara pada waktu malam. Ia tumbuh lebih cepat apabila terkena cahaya matahari, jadi bawa keluar dari semasa ke semasa. Selain itu, pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak basah.

Lavender

Tahukah menanam lavender dalam rumah memberi banyak faedah kepada kamu. Bunga violetnya kelihatan cantik, dan bau yang dikeluarkan memang cukup harum sekali.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Selain itu, tanaman ini sering digunakan dalam aromaterapi dan dapat membantu anda mengurangkan tekanan. Pengurusan agak sedikit rumit, ia memerlukan banyak cahaya dan jumlah air yang tepat.

Pokok Gardenia

Gardenia, menjadi salah satu tanaman paling harum dengan aroma bunga yang manis dan memikat. Ia mempunyai bunga putih yang cantik dan daun hijau yang berkilat, namun sukar untuk dijaga.

BACA:  Nak Tahu Kebaikan Limau Kasturi? Kenapa Orang Selalu Meletakkannya Dalam Air Dan Masakan?

Nak jaga, kamu perlu mendapatkan kelembapan sederhana, suhu yang agak sejuk, dan cahaya yang banyak.

Scented-Leaved Geranium

Tanaman ini mengeluarkan bau yang berbeza ketika anda menyentuhnya. Boleh ebrbau wangi seperti lemon, coklat, mawar, halia, dan banyak lagi. Ia memerlukan banyak cahaya matahari dan tanah lembap.

Apa kata kamu mula menanam pokok-pokok di atas bagi mendapatkan rumah yang harum semula jadi. Bukan itu saja, tanaman ini mencantikkan lagi rumah dan menenangkan jiwa.

Selamat Beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.