≡ Menu

5 Tips Untuk Tidak Menjadi Manusia Toksik

Kadang-kadang tanpa sedar diri sendiri sebenarnya manusia toksik tetapi sering menyalahkan orang lain. Hal ini sebenarnya tidak boleh dibiarkan kerana boleh ‘memudaratkan’ diri.

Jadi, bagi mengelakkan anda menjadi manusia toksik, ikut 5 tips ini

Kadang-kadang mungkin kita tak perasan jika kita ini manusia yang toksik atau tidak.

Ini adalah 5 tips untuk elak sikap toksik membina dalam diri:

1. Tahan diri dari menyindir atau merendahkan orang lain

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Belajar untuk berfikir sebelum bercakap, adakah perkataan kita bermanfaat atau melukakan perasaan orang lain.

2. Urus ujian/konflik kehidupan dengan matang

Bila hadapi ujian dan konflik, belajar untuk “grow up and face it” – jangan cuba lari atau cuba menyalahkan orang lain, selagi cuba lari tiada solusi yang akan timbul.

3. Raikan kejayaan orang lain dan didik diri untuk gembira bila kawan-kawan achieve sesuatu

Hidup bukan satu perlumbaan. Walaupun orang sekeliling kita nampak lebih beruntung, tak apa. Yakin dengan rezeki masing-masing dan kita akan lebih tenang insyaAllah.

4. Tak perlu rasa kita perlu betulkan semua orang

Fokus perbaiki diri dan anak-anak sendiri pun mungkin kita tak cukup masa,setiap kali rasa nak betulkan orang lain cer muhasabah diri dulu..

5. Fahami bahawa semua orang ada struggle masing-masing dan dunia ini bukan tentang diri kita sahaja

BACA:  Jika Anda Sering Mengalami Was-Was, Bacalah Dahulu Artikel Ini

Jika kita rajin kasihan pada diri dan wonder why kita diuji, ingatlah – semua orang ada ujian. Yang beza, ada yang pilih untuk tunjuk dan ada yang pilih simpan. Ujian yang datang insyaAllah sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Teringat seorang guru berkata, bila kita kurangkan fokus kepada orang lain dan alih focus pada memperbaiki diri sendiri, kita akan rasa lebih tenang.

Semoga bermanfaat dan dapat mengubah diri menjadi lebih baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.