≡ Menu

5 Ubat Penawar Hati Yang Kita Wajib Tahu.

Dari Abdullah al-Antaki, semoga Allah merahmatinya, beliau berkata :

“Lima perkara ubat penawar hati, iaitu : Bergaul dan bercampur dengan mereka yang soleh, membaca al-Quran, melaparkan perut (berpuasa), solat di malam hari, dan bersembah sujud di waktu menjelang Subuh.”

Lima perkara termasuk ubat hati ketika hati keras, yang lima diambil dari perktaan Sayyid Jalil Ibrahim al-Khawas, sebagaimana yang telah dikemukakan al-Nawawi dalam kitab al-Tibyan. Sebahagian ulama menambah yang lima ini dengan perkara-perkara tersebut dimasukkan pada yang lainnya. Lima perkara itu adalah :

BACA:  Jika Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Laungkanlah Azan

1. Bergaul dengan orang yang soleh, iaitu dengan cara menghadiri majlis-majlis ilmu dan cerita orang soleh, juga di dalmnya termasuk diam dan menjauhi mereka yang hanyut dalam kesalahan (kebatian).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Membaca al-Quran disertai dengan menafsirkan maknanya dalam kehidupan sehari-hari.

3. Mengosongkan perut dengan cara mengambil sedikit sahaja dari yang halal, kerana sesungguhnya makanan yang halal itu merupakan pokok segalanya, sehingga akan menyinari hati, maka cermin mata hati menjadi keras , bersih dari karat yang menyebabkan hati menjadi keras.

Dalam sebuah hadis marfu’ dikatakan :

“Tiga perkara akan menjadikan hati keras, iaitu suka makan, suka tidur dan suka berehat.”

4. Solat malam, iaitu solat sunat setelah bangun tidur di malam hari.

5. Bersembah sujud di waktu menjelang Subuh, kerana dalam waktu ini terdapat ketenangan dan di sinilah waktu diturunkan rahmat dari Allah s.W.T.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.