≡ Menu

6 Amalan Yang Boleh Kita Lakukan Untuk Menambahkan Kebaikan Di Bulan Ramadhan. Subhanallah

Puasa bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan yang lain.

Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jadi, anda boleh melakukan 6 amalan ketika bulan Ramadan. Rebutlah peluang selagi boleh.

1. BERSAHUR

Bersahur bukan sahaja mampu membantu memberi tenaga tetapi ia juga merupakan satu amalan yang dituntu dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.

2. MENYEGERAKAN WAKTU BERBUKA

Daripada Sahl bin Saad RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ

“Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (Hadis Riwayat Bukhari [1957] dan Muslim ]1098])

Seorang Muslim diperintahkan menyegerakan berbuka puasa apabila telah mendengar azan maghrib berkumandang dan menandakan waktu berbuka puasa telah pun masuk bagi kawasan masing-masing.

BACA:  9 Tanda Anda Terkena Sihir Pemisah Rumahtangga

3. PERBANYAKKAN DOA

Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)

Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau Mengasihi untuk Mengampun, Maka ampunilah diriku.”

4. BERSEDEKAH

Seperti yang kita tahu, amalan sedekah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadan dengan kadar yang termampu.

BACA:  Tanda-Tanda Orang Terkena Sihir

5. MENAHAN MARAH

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali).” (HR Bukhari)

Dari hadis ini kita juga dianjurkan agar seorang yang berpuasa sentiasa bersabar dengan menjaga emosi dan menahan diri daripada menghamburkan kata-kata cacian.

6. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM

Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadah pada 10 malam terakhir. Baginda bersemangat membangunkan ahli keluarganya untuk bersama-sama mengerjakan ibadah pada pertengahan malam. Carilah malam al-Qadr pada waktu ini.

Aisyah RA berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

“Nabi SAW apabila memasuki sepuluh akhir (bulan Ramadan), baginda mengetatkan sarungnya, menghidupkan malamnya dengan beribadah dan membangunkan keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari [2024] dan Muslim [1174])

Lakukanlah sekecil-kecil sunnah kerana ia tetap akan mendapat kebaikan di sisi Allah. Selamat menjalani ibadah puasa buat umat Islam di dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.