≡ Menu

6 Manfaat Daun Pandan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik. Insya’Allah

Daun pandan merupakan antara bahan wajib ada apabila setiap kali masak nasi lemak. Aromanya yang memukau dan menjadikan nasi lemak tersebut lebih enak dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Namun, selain digunakan untuk nasi lemak, tahukah anda bahawa air daun pandan juga mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri?

Selain melazatkan makanan, air rebusan daun pandan ini secara tradisionalnya mempunyai banyak khasiat yang ramai dalam kalangan kita kurang ketahui. Selepas ini, boleh tanam pokok pandan di rumah supaya mudah nak digunakan!

KELEBIHAN AIR DAUN PANDAN, RUPANYA BANYAK!

Baca juga: Tips Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Pastikan Guna Teknik Betul & Tambah Bahan INI

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

KELEBIHAN AIR DAUN PANDAN, RUPANYA BANYAK!
air daun pandan

1. Mengawal tekanan darah

Air rebusan daun pandan sangat berguna untuk membantu mengawal tekanan darah. Jika anda mengalami sakit kepala akibat tekanan darah tinggi, rebus sahaja daun pandan sehingga airnya berkurangan sedikit kemudian boleh minum.

2.Air detoks

Apabila bercakap tentang detoks, sudah tentu anda tidak akan lari dari makanan atau minuman yang mengandungi antioksidan. Antara bahan yang selalu digunakan dalam air detoks adalah buah lemon tetapi kalau anda bosan, boleh cuba air rebusan daun pandan.

3.Boleh meredakan demam

Mendapat kandungan air yang cukup semasa badan anda tidak sihat adalah amat penting. Jadi, selain dari minum air kosong, air teh dan air halia semasa demam, boleh cuba pula air rebusan pandan untuk menurunkan suhu demam dengan cepat.

BACA:  Ada Sebab Kenapa Kebanyakan Kedai Tak Guna Lagi Polisterin Untuk Bungkus Makanan. Ini Sebabnya, Jangan Kita Pakai Lagi

4.Bantu kurangkan insomnia

Minum minuman suam pada waktu malam boleh membuatkan badan lebih relaks dan lebih mudah untuk mengantuk. Air rebusan daun pandan boleh menjadi pilihan bagi anda yang tidak berapa gemar minum susu suam kerana mungkin terlalu mengenyangkan.

5.Kurangkan rasa sakit kepala

Jika anda ingin mengurangkan sakit kepala atau sendi, minum air masak pandan dipercayai dapat melegakan kesakitan. Ini merupakan salah satu rawatan tradisional orang lama bagi menyembuhkan sakit kepada berdenyut-denyut.

6.Menurunkan risiko kanser

Dalam perubatan tradisional, daun pandan digunakan untuk mencegah pertumbuhan sel kanser. Namun, kerana kanser adalah penyakit multifaktorial (banyak faktor yang menyebabkannya), anda perlu mengimbanginya dengan rawatan doktor dan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk amalan minum air rebusan pandan ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.