≡ Menu

6 Perkara Ini Mendorong Kita Untuk Mengumpat. Nauzubillah, Jauhilah

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah S.W.T. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Firman Allah bermaksud: “Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: “Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah.”

Imam al-Ghazali ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

BACA:  Ziarah Itu Digalakkan, Tetapi Ada Waktu Yang Ia Dilarang Dalam Islam

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Justeru kita sebagai umat Islam seharusnya menjaga akhlah dan juga lidah kerana lidah itu lebih tajam dari sebilah pedang. Bukan hanya boleh melukai hati tetapi tajamnya boleh memutuskan silaturrahim

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.