≡ Menu

7 Dalil Quran Yang Allah SWT Menjaga Hambanya. Subhanallah

Di saat kita berseronok gembira, hati-hati bagai melayang dalam kegembiraan, tiada masalah yang mengacau fikiran, amat senang untuk kita mengucap syukur kepada Illahi. Apabila kita jatuh, itu juga dikirakan rezeki dalam bentuk ujian.

7 ayat al-quran yang membuktikan allah jaga kita

Tetapi percayalah apabila tiba saat-saat tersebut, ingatlah kembali dengan tujuh pesanan Allah di bawah ini untuk mengangkat balik semangat anda.

Allah hanya menguji apa yang mampu ditanggung oleh manusia
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Allah ingin manusia mencuba sebaik mungkin
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”

(Surah Ar-Ra’d ayat 11)

BACA:  Sudahkah Kita Ikhlas Hari Ini? Ikhlas Itu Mahal Dan Berharga

Allah mampu menyelesaikan semua masalah
“…barangsiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku kabulkan. Barangsiapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku penuhi…”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah memaafkan segala kesalahan dan dosa
Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”

(Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi)

Allah sentiasa menjaga manusia
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

(Surah Al-Ra’d ayat 11)

Allah sentiasa dekat dengan manusia
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)…”

BACA:  Larangan Menyelit Dan Menyampuk Dalam Hadis. Kalau Kita Selalu Buat, Berubahlah

(Surah Al-Baqarah ayat 186)

Allah sentiasa makbulkan doa orang yang meminta
“…aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”

(Surah Al-Baqarah ayat 186)

Allah tahu tentang kesukaran yang kita hadapi dana pa yang terbaik untuk kita. Sentiasa bersangka baik terhadap Illahi dan ingat segala perkara yang dilalui kita dalam dunia ini baik mahupun buruk, itu semua ujian semata-mata.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.