≡ Menu

7 Hadiah Yang Kita Boleh Beri Kepada Pengantin Baru

Wanita Kahwin Lebih 2 Kali, Siapakah Suaminya Di Syurga

“Kau  dah fikir ke nak belikan hadiah apa untuk Nisa? Majlis kahwin dia hujung minggu ini aku tak ada idea nak bagi apa, kalau kau ada idea menarik tak?”

Rasanya senario seperti ini sering kali berlaku pada kita bukan, apatah lagi insan yang baru berkahwin itu adalah kawan baik sendiri. Pastinya kamu tidak ingin memberi hadiah yang tidak bermakna, atau tidak praktikal untuk sahabat baik sendiri betul tak?

Bagi yang pening kepala dan tak tahu nak beri apa untuk kawan baik yang baru sahaja berkahwin, kamu boleh lihat senarai idea menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

#1 Set Pinggan Mangkuk Dan Cawan

Clichès macam mana pun, hadiah pinggan mangkuk merupakan hadiah yang praktikal dan sering digunakan dalam kehidupan harian dan ianya sesuai untuk kamu berikan sebagai hadiah perkahwinan untuk kawan baik kamu.

#2 Perkakas Dapur

Yang ini pun salah satu idea yang bagus untuk kamu jadikan idea hadiah kahwin buat kawan baik kesayangan, banyak peralatan perkakas dapur yang boleh kamu berikan sebagai hadiah antaranya:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  • Mesin pengisar makan
  • Pembakar roti
  • Set kuali dan periuk memasak
  • Oven atau ketuhar
  • Tungku dapur elektrik
  • Mesin kopi
  • Mesin membuat jus
  • Tempat menyimpan bahan masakan
  • Mesin fryer
  • Set senduk memasak
  • Set kutleri
BACA:  Ketahui 4 Sujud Yang Disyariatkan Dalam Islam. Sujudlah Dengan Tertib Hanya Kerana Allah

#3 Set Cadar

Yang ini juga boleh dijadikan hadiah, cuma apa yang penting kamu tahu saiz tilam dalam bilik pengantin kawan kamu itu supaya tidak salah pilih set cadar!

#4 Aksesori Bilik Mandi

Untuk kelainan, kamu juga boleh berikan aksesori atau barangan untuk bilik mandi sebagai hadiah untuk pengantin baru. Antara yang boleh kamu jadikan hadiah adalah:

  • Rak untuk bilik air
  • Tuala muka dan tuala mandi
  • Perkakas menyimpan sabun, shampoo dan kebersihan diri
  • Penyangkut dinding bilik air

#5 Hiasan Dinding

Kamu juga boleh berikan perhiasan dinding sebagai hadiah perkahwinan untuk kawan baik kamu, banyak hiasan dinding yang menarik dan berpatutan terdapat di pasaran. Antara barang perhiasan dinding yang boleh kamu berikan adalah:

  • Lukisan (apa jua bentuk atau motif lukisan yang penting ianya bersesuaian)
  • Bunga dan daun dinding palsu
  • Bingkai gambar
  • Hiasan kata-kata hikmah atau motivasi
  • Rak dinding unik
  • Lampu dinding
  • Aneka bentuk cermin dinding
  • Jam dinding menarik
  • Aneka bentuk hiasan 3D
BACA:  Manis Berhijab, Lisa Surihani Mohon Doakan Dirinya Kekal Istiqomah

#6 Lampu Lantai/Meja

Kamu juga boleh berikan lampu lantai atau meja yang menarik dan eksklusif untuk pengantin baru, apatah lagi sekarang ini banyak reka bentuk lampu yang unik dan menarik boleh kamu jadikan sebagai hadiah perkahwinan untuk best friend kamu!

#7 Set Tudung/Shawl/Scarves Jenama Kesukaan BFF

Jika kawan baik kamu seorang yang bertudung, kamu boleh berikan satu set tudung atau shawl jenama kegemaran kawan baik kamu sebagai hadiah perkahwinannya.

Melihat aneka warna dan corak tudung atau shawl yang kamu berikan, pasti akan membuatkan bff kamu tersenyum hingga ketelinga nanti.

Semua hadiah-hadiah ini bagus dan praktikal untuk kamu hadiahkan kepada kawan baik kamu, dan pastinya kawan baik kamu akan tersenyum hingga ke telinga menerima hadiah istimewa dari kamu nanti.

Selamat beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.