≡ Menu

7 Manfaat Terung Jika Kita Amalkan Dalam Pemakanan Seharian Kita

Anda penggemar terung? Terung atau nama saintifiknya Solanum melongena adalah sayur yang enak dibuat sebagai lauk menggunakan pelbagai resepi seperti pajeri terung, terung goreng berlada, terung bakar, sambal terung, selain dijadikan campuran ke dalam masakan kari, gulai lemak, serta dalca. Tetapi adakah anda tahu apakah khasiat terung yang enak ini? Artikel ini akan menerangkannya.

Terung telah digunakan sebagai bahan dalam perubatan tradisional sejak beribu tahun yang lalu. Dalam sistem purba Ayurveda, pengamal perubatan menggunakan terung untuk merawat penyakit kencing manis dan akarnya digunakan untuk melegakan asma. Antara khasiat terung yang dibuktikan melalui kajian ialah:

1. Sumber antioksida

Terung mengandungi pelbagai komponen antioksida seperti vitamin A dan C, yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan. Kerosakan ini berpunca daripada bahan berbahaya yang dipanggil sebagai radikal bebas.

Pigmen antosianin yang memberi warna ungu kemerahan kepada terung turut mempunyai sifat antioksida. Menurut kajian, antioksida dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Mencegah kanser

Kajian makmal terhadap sel ada mendapati bahawa terung dapat memeliharanya daripada kerosakan DNA yang berisiko membawa penyakit kanser. Satu komponen yang digelar sebagai solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs) mampu menyebabkan kematian sel kanser dan berupaya mencegah kanser daripada terjadi sekali lagi.

Tambahan pula, diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya membantu mencegah beberapa jenis kanser. Namun, bukti tambahan masih diperlukan untuk memastikan kesan ini turut berlaku di dalam badan manusia.

BACA:  Doktor Ini Terang Cara Betul Makan Limau Mandarin, Nanti Taklah Batuk Atau Sakit Tekak

3. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Kandungan antioksida di dalam sayuran buah ini berpotensi mencegah risiko penyakit jantung. Dalam satu kajian terhadap arnab, selepas diberi jus terung selama 2 minggu, kadar kolesterol jahat dan trigliserida menunjukkan penurunan.

Satu kajian lain pula menunjukkan haiwan yang diberi makan terung mentah atau terung bakar selama sebulan mempunyai fungsi jantung yang lebih baik dan serangan jantung yang berkurangan. Namun, kajian sedia ada tentang khasiat ini hanya terhad kepada haiwan dan dalam tabung uji. Kajian lebih mendalam terhadap fungsi jantung manusia masih diperlukan.

4. Membantu mengawal paras gula dalam darah

Sayura-sayuran seperti terung kaya dengan kandungan serat yang dapat melambatkan kadar penghadaman dan penyerapan nutrien ke dalam darah. Perkara ini membuatkan kenaikan gula dalam darah menjadi perlahan dan mencegah kenaikan gula yang drastik.

Selain itu, kandungan polifenol iaitu kompaun semula jadi di dalam tumbuh-tumbuhan turut melambatkan penyerapan gula dan meningkatkan penghasilan insulin lalu mencegah paras gula yang tinggi dalam darah.

Buat penghidap kencing manis, terung adalah salah satu sumber serat yang baik bagi mengawal paras gula.

5. Membantu mengawal berat badan

Oleh kerana terung mengandungi kalori yang rendah dan serat yang tinggi, ia menjadi antara pilihan makanan yang baik bagi menurunkan berat badan. Serat bergerak melalui sistem penghadaman dengan perlahan lalu memberi rasa kenyang yang lebih lama. Secawan terung hanya membekalkan kalori serendah 26 kcal.

BACA:  6 Petua Mudah Melegakan Senak Sakit Perut Cirit Birit Secara Tradisional Yang Ramai Tak Tahu

6. Menambah baik fungsi kognitif

Kajian terhadap haiwan mendapati bahawa antosianin pada kulit terung berupaya memelihara membran sel otak daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Selain itu, antosianin juga berpotensi mencegah keradangan saraf dan memperbaik aliran darah ke otak. Perkara ini dapat mengelakkan kehilangan ingatan dan penurunan fungsi kognitif terutamanya dalam warga emas. Eksperimen di dalam makmal turut menunjukkan bahawa antosianin boleh mengurangkan penguraian lemak di dalam otak yang akan menyebabkan kerosakan sel.

7. Baik untuk kesihatan mata

Kerana kandungan antioksida yang tinggi, terung juga mempunyai sifat memelihara kesihatan mata. Ia dapat membantu mencegah degenerasi makular yang akan menyebabkan kehilangan penglihatan dalam individu lanjut usia.

Risiko
Terung mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai solanina. Ada sesetengah dakwaan yang mengatakan solanina membuatkan keradangan semakin kronik serta menjadikan gejala artritis semakin teruk.

Namun begitu, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa kandungan solanina yang sedikit di dalam terung akan menjadikan penghidap artritis merasa semakin sakit. Tetapi buat individu yang mendapati sendi mereka semakin sakit selepas mengambil terung, adalah lebih baik untuk mengelakkannya.

Kesimpulan
Jangan lupa amalkan pemakanan yang seimbang, lengkap dengan sumber karbohidrat, protein, lemak, buah-buahan, serta sayur-sayuran seperti terung. Pemakanan yang seimbang membantu menjamin kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.

Diharap artikel khasiat terung ini dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan berkenaan khasiat tumbuhan ini kepada anda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.