≡ Menu

7 Petanda Kita Terlebih Ambil Gula. Yang Ke Tujuh Tu Paling Tak Sangka

Siapa sini geng sweet tooth, kalau ada kita geng!

Ya lah, siapa yang tidak suka makanan dan minuman yang manis-manis kan? Tapi pernah tak kamu terfikir, yang kamu sebenarnya sudah terlebih ambil gula tanpa sedar.

Kalau nak tahu bagaimana diri kamu sudah terlebih ambil gula, jom lihat tanda-tandanya di bawah dan kenal pasti sama ada kamu mempunyai pentanda yang sama.

#1 Rasa Tidak Bertenaga Dan Hilang Fokus

Antara tanda yang kamu telah mengambil gula secara berlebihan adalah, kamu sering rasa tidak bertenaga walhal telah banyak tugas telah kamu laksanakan tapi tetap membuatkan diri kamu berasa lemah.

Kalau nak tah jika tubuh mengandungi gula berlebihan dalam badan, ia akan menyebabkan kamu kurang daya fokus dan berasa cepat letih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2 Kembung Dan Perut Buncit

Selain itu, antara perubahan yang ketara pula adalah semakin hari kamu lihat perut makin buncit atau kembung dan gula berkemampuan membuatkan sistem penghadaman kamu bermasalah serta berangin.

BACA:  Awaslah Dengan Perkara Yang Boleh Mensyirikkan Kita. Lebih Mudah Syirik Dengan Perkataan. Nauzubillah

#3 Berat Badan Bertambah

Satu satu perubahan ketara yang boleh di lihat adalah, perubahan bentuk badan yang menandakan berat badan telah bertambah.

Perubahan sebegini terang-terang menunjukan tubuh kamu mengandungi gula yang berlebihan, dan gaya pemakanan yang kamu amalkan sebenarnya adalah tidak sihat.

#4 Mood Tak Menentu

Faktor mood kacau atau tidak menentu juga adalah punca dari pengambilan gula yang berlebihan, dan ianya juga boleh menyebabkan diri kamu berasa tertekan secara tiba-tiba.

Oleh itu, elakkan pengambilan gula yang berlebihan baik dalam minuman ataupun dalam makanan agar mood kamu kembali stabil dan kesihatan tidak terjejas.

#5 Jerawat Sentiasa Ada

Selalu tertekan melihat kemunculan jerawat di muka dan di badan, baru hilang dah datang balik ini semua berpunca daripada gula.

Kandungan gula dalam badan yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan insulin, hormon androgen, dan sebum meningkat lalu membuatkan jerawat sering mengganggu kamu.

#6 Sukar Tidur

Kamu sukar tidur waktu malam? Nak tanya sikit, adakah kamu makan atau minum sesuatu yang manis sebelum tidur. Jika ya, tidak hairanlah kamu tidak boleh tidur dengan lena.

BACA:  5 Aktiviti Kekeluargaan Yang Susah Kita Nak Lihat Zaman Sekarang. Aktiviti Inilah Yang Menguatkan Hubungan Kekeluargaan

Kerana gula akan membuatkan tubuh menjadi aktif dan meningkatkan kandungan gula dalam darah, lalu menyukarkan tubuh kamu untuk bersedia untuk rehat pada waktu untuk tidur.

#7 Tanda Penuaan

Tak sangka muda-muda lagi dah ada tanda penuaan, semua ini berpunca dari pengambilan gula yang berlebihan jadi tidak hairanlah masalah seperti ini boleh berlaku.

Tahu tak gula boleh menjejaskan formasi advanced glycation end products (AGEs), di mana AGEs  ini memainkan peranan penting dalam penyakit diabetes dan menjejaskan kolagen dalam kulit.

Jika kamu mempunyai tanda-tanda yang sama seperti dinyatakan di atas, bererti dalam tubuh kamu mengandungi gula yang berlebihan.

Ingat nak makan atau minum yang manis-manis boleh, tapi harus ada had dan batasnya agar ia tidak membawa mudarat kepada kesihatan diri di kemudian hari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.