≡ Menu

7 Punca Rezeki Suami Disempitkan. Insaflah Dan Ambil Iktibar

1. Sering bergaduh.

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi­lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…

2. Merungut dan merasa anak­-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak­anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu danbapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak­anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…

BACA:  Kejarlah Zulhijah Yang Penuh Keberkatan. Mungkin Ini Yang Terakhir Bagi Kita

4. Lokek dengan pasangan dan anak­anak.

Jangan terlalu berkira­kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah.

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata­kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anakanak. Buangkan cara menakut­nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

BACA:  Elakkan 5 Makanan Ini Jika Tak Mahu Menghidap Darah Tinggi Dan Hipertension

6. Kurang sabar.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak­anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit.

7. Kurang berdoa.

Sentiasalah mendoakan yang baik­baik untuk suami, isteri dan anak­anak. Sentiasa ingatkan mereka
dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.