≡ Menu

7 Tanggungjawab Selepas Perceraian


Hubungan kekeluargaan dalam sistem rumah tangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai. Sistem kekeluargaan dalam Islam sangat sempurna dan adil kepada semua pihak di kalangan ahli keluarga.

Asas pembinaan istitusi kekeluargaan meletakkan peranan dan tanggungjawab suami, isteri, ayah, ibu dan anak begitu ekslusif bagi membangunkan keharmonian masyarakat kerana pembentukan masyarakat bermula dari rumah.

Sungguhpun ikatan pernikahan putus akibat pembubaran perkahwinan seperti persetujuan bersama, lafaz cerai di luar mahkamah, fasakh, taklik, khuluk atau anggapan kematian yang mengakibatkan jatuhnya talak, Islam memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang diharuskan oleh hukum syarak terutamanya bagi menjalankan tanggungjawab hakiki.

Matlamat ini murni bagi memastikan hak dan kepentingan bekas suami, bekas isteri dan anak dilindungi.

Hak yang boleh dituntut di mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

Nafkah iddah:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Nafkah iddah adalah nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa dalam tempoh iddah talak raji’e. Mengikut hukum syarak, seorang isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan bahawa mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki sama ada suami atau lelaki lain yang tertentu seperti anaknya yang berkemampuan membayar nafkah kepada seseorang isteri.

BACA:  Ini Tabiat Dalam Rumah Yang Mungkin Menyempitkan Rezeki. Dah Buat Macam Macam, Tapi Masih Rasa Tak Cukup.

Mut`ah:

Mutaah adalah satu bayaran sagu hati atau pemberian yang wajib ke atas suami diberi kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Kadar mut`ah boleh ditentukan menerusi persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya ada pertikaian mengenai kadar ini, mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut`ah itu.

Harta sepencarian:

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.
Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Hak jagaan anak (Hadhanah):

Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuat kuasa, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anaknya yang masih kecil (di bawah umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak itu sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.
Tuntutan hak jagaan anak (hadhanah) hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

BACA:  19 Amalan Murah Rezeki. Cubalah Amalkan Agar Beroleh Keberkatan

Nafkah anak:

Nafkah anak adalah suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.

Tunggakan nafkah:

Tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.

Hak tempat tinggal:

Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal ketika dia dalam perkahwinan selama iddah. Suami adalah berkewajipan menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah untuk isterinya sama ada secara menyewa atau milik suami itu sendiri.

Isteri juga boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya suami tidak menyediakan keperluan tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.