≡ Menu

8 Jenis Buah Buahan Untuk Meningkatkan Fungsi Otak. Cubalah

Selain mendapat makanan utama yang sihat dan penuh dengan nutrisi, penting juga mak ayah menitikberatkan pengambilan buah-buahan dalam diet seharian anak-anak yang kian membesar. Ramai yang terlepas pandang kerana fikirkan buah-buahan tidak perlu diamalkan selalu namun sebenarnya ada 8 jenis buah yang mampu merangsang otak anak supaya lebih cerdas! Nak tahu buah jenis apa? Berikut merupakan 8 jenis buah yang anda boleh beli di pasaran untuk si manja.

8 JENIS BUAH BAGUS UNTUK OTAK ANAK, BERBALOI BELI

Buah penting untuk otak anak. Kenalkan anak-anak dengan pelbagai jenis pilihan buah untuk makan. Walau anak kita suka macam mana sekalipun dengan satu jenis buah, tetap ajak cuba makan buah lain supaya khasiat, vitamin dan nutrisi yang pelbagai anak akan dapat.

BACA:  Hayati Surah Al-Kauthar Sebagai Inspirasi Untuk Terus Melangkah

8 jenis buah dalam gambar, sangat bagus untuk otak anak dapat jalankan fungsi dengan baik, untuk tingkatkan memori anak supaya senang ingat sesuatu.

1. Berries

– Tinggi antioksida, bagus untuk memori anak dan kurangkan inflamasi pada otak.

2. Anggur

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

– Tingkatkan perjalanan darah ke otak.

3. Delima

– Beri tenaga pada otak anak, sangat bagus ibu mengandung pun ambil sekali.

4. Avocado

– Superfood untuk otak yang semua dah tahu kan, tingkatkan perjalanan darah dan oksigen ke otak, fungsi otak anak dapat berjalan dengan sempurna.

5. Pisang

– Tinggi potasium dan magnesium, bantu tajamkan fokus anak untuk belajar.

BACA:  Doa Agar Kita Dijauhi Dari Fitnah Yang Diajarkan Dalam Surah Yunus

6. Kiwi

– Bagus untuk seimbangkan mood anak.

7. Epal

– Antioksida quercetin sebagai booster untuk otak.

8. Ceri

– Kurangkan radang pada otak.

Kita cuba ambil mana yang boleh, mana yang senang nak dapat di tempat kita. Sesekali jumpa buah special macam berries, delima dan ceri, boleh cuba beli dan bagi anak makan. Biar anak tahu, banyak betul pilihan buah real food yang ada.

Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, kurangkan semampu mungkin ultra processed food dari anak-anak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.