Pengambilan makanan yang sihat semasa proses pembesaran anak amatlah penting bagi menjamin kecerdasan otak mereka. Hal ini kerana, proses membaca dan menghafal ilmu ini ternyata sangat sukar jika tidak dilatih setiap hari dan dengan tiada bantuan dari makanan untuk otak yang sihat, mereka akan mudah lupa.
Jadi, dalam perkongsian dari Dr. Mazliana Mazlan, terdapat 8 jenis makanan yang bagus untuk diamalkan dalam kalangan anak-anak dan juga orang dewasa. Makanan ini mampu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh otak supaya kekal segar!
8 MAKANAN UNTUK OTAK ANAK, BOLEH AMALKAN
1. Air nabeez
– Setiap pagi sebelum makan
– Air rendaman kurma bantu untuk stimulatekan otak anak lebih fokus
2. Kurma 3 biji
– Kurma makanan otak
3. Kismis
– Kismis hitam 4 biji untuk otak, kismis oren 3 biji untuk saraf.
4. Telur
– 4-5 kali seminggu
– Nak anak bijak kena bagi makan telur kerap. Jangan berlebihan, bersederhana.
5. Buah
– 2 kali sehari, anggaran 1 cawan setiap kali pengambilan.
6. Nasi, lauk dan sayur
– 2 kali sehari
7. Kekacang
– Kacang gajus (cashew), kacang cerdik (pistachio), badam (almond)
8.Air putih, kosong
-Air putih air yang utama diminum. Dalam kelas, anak tahfiz diminta bawa air putih. Minum secukupnya, bila perlu. Air putih bantu rangsang otak anak. Fokus, cepat ingat, mudah faham.