≡ Menu

8 Punca Kenapa Anak Susah Nak Tidur Mmalam

“Kenapalah anak susah tidur malam dan asyik terjaga je? Penat dah 10 kali aku terbangun ni nak layan anak…”

Berhadapan dengan situasi anak menangis dan menjerit-jerit pada waktu tengah malam merupakan perkara yang sangat stres bagi seorang ibu malah untuk si ayah juga. Mana tidaknya, esok pagi perlu bangun awal ke tempat kerja tetapi pada waktu malam terpaksa melayan kerenah anak yang susah tidur dan kerap terjaga. Kenapa ini berlaku?

Berikut merupakan antara punca yang menjadikan anak-anak sering terjaga semasa tidur. Bila tahu punca-punca ini, tidak hairanlah mereka akan selalu terjaga dari mimpi!

1.Masuk tidur dalam keadaan overtired

Hormon stres dalam badan anak tinggi. Sistem badan anak akan ‘kejut’ anak untuk ulang mengamuk atau jadi hyper bila terjaga di tengah malam untuk singkirkan saki baki hormon stres melalui air mata, air liur dan peluh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2.Terlebih tidur siang

BACA:  Orang Yang Bahagia Tak Akan ‘Tayang’ Semua Benda Di Media Sosial, Kenapa? Mungkin Ini Sebabnya

Anak segar di tengah malam buta akibat kuota tidur hariannya yang hampir penuh/telah penuh kerana dah banyak tidur siang.

3.Tak pandai tidur sendiri

Anak jenis bergantung harap pada bantuan ibu bapa atau alat untuk masuk tidur dan setiap kali nak tidur semula andai terjaga ‘in between sleep’. Misalnya dengan mengempeng, dodoi dan tepuk. Oleh kerana waktu tidur malam tempohnya panjang, maka anak dilihat lebih kerap terjaga waktu malam kerana tak tahu nak sambung kitaran tidurnya sendiri yang bersilih ganti di antara light sleep dan deep sleep sepanjang malam bila tak ditolong.

4.Anak dalam fasa ‘Growth Spurt’

Growth Spurt, iaitu sedang cuba mahirkan sesuatu kemahiran motor seperti merangkak, duduk dan berdiri. Anak tak sengaja terduduk misalnya semasa bergerak-gerak dalam tidur dan terjaga akibat tak tahu nak baring semula.

5.Anak dalam fasa ‘Mental Leaping’

Iaitu otaknya sedang diupgrade dengan sesuatu pengetahuan baharu seperti anak mula faham konsep jarak pada usia 6 bulan. Anak mula takut kena tinggal (separation anxiety). Anak terjaga kerap di malam hari mencari ibu bapa kerana ‘risau’ (jadi paranoid) mungkin ibu bapanya telah meninggalkannya pergi entah ke mana.

BACA:  5 Bisnes Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM20K Sebulan

6.Anak alami sebarang pengalaman baru atau traumatik

Contohnya seperti bertukar pengasuh. Anak tak tahu nak urus emosinya misalnya terkejut/tak biasa dengan cara dan sikap pengasuh baru. Perkara ini terbawa-bawa dalam tidurnya kerana tidur ada fasa memproses input pelajaran dan pengalaman waktu berjaga.

7.Terlalu lasak sejurus sebelum waktu tidur

Contohnya, main lawan bantal beria-ia sebelum tidur. Anak bagai mengigau dan meracau akibat mengingat kembali/mengulang kejadian tersebut semasa fasa light sleep (fasa memproses input pelajaran/pengalaman)

8. Demam atau sakit

Ini memang perlu diberi rawatan dengan segera supaya dapat mengembalikan tidur mereka yang berkualiti.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.