≡ Menu

Acab Telah Dijumpai Tapi Tak Nak Pulang?

Hari ke-14 (Jumaat) semalam hari terakhir kami. Lebih kurang pukul 10 pagi, team kami menerima arahan untuk naik dan sambung pencarian. Tapi kali ini anggota kami lebih ramai berbanding hari-hari lain sebelumnya. Kali ini team kami tidak berpecah. Kami terima arahan untuk mendaki dari arah lain. Trak menghantar kesana dan lebih kurang 10:30 pagi kami mula mendaki.

Dalm suku pendakian, salah seorang anggota kami sakit perut yang amat sangat. Dia mengambil keputusan untuk berpatah balik. Ada juga anggota yang tiba-tiba menadi lemah. Tetapi apabila turun dan sampai ke tempat kami mula-mula mendaki, yang sakit jadi sihat balik. Kami sambung balik pendakian. Tiada apa-apa berlaku lagi stakat ini hinggalah kami sampai ke checkpoint kami yang pertama. Saya terbau wangi wangian. Dalam pukul 12:00 lebih semua terdiam. Pegawai kami arahkan kami supaya cepat mendaki. Mungkin sebab hendak solat.

Ketika sendang mendaki kami terdengar suara orang menjerit. Apabila berhenti berehat bahu saya tiga kali seakan dilanggar orang. Bau wangi itu mengikut kami sampai kepuncak. Ketika hampir sampai ke puncak, rakan saya tiba-tiba macam ada yang mengalihkan pandangan dan dia cuba masuk satu kawasan denai. Saya tegur dia supaya teruskan perjalanan. Dia kata ada suara panggil nama dia. Saya cakap jangan layan.

Lebih kurang 15 mnit kami sampi ke puncak Kami berehat dan jumpa orang awam di situ. Saya tegur orang awam tersebut. Tanya dari mana. Mereka adalah orang kampung Acab.

Lepas rehat kami teruskan perjalanan untuk ke tempat yang dikatakan lokasi terakhir Acab ilang. Sebelum kami sampa, orang kampung Acab tadi berlari ke arah kami dan dapatkan pegawai kami. Mereka mendengar suara Acab meminta tolong. Kami terus ke kawasan yang mereka dengar suara Acab. Tetapi kami tidak dengar suara terseut. Akhirnya pegawai kami akur dan mengarahkan 6 anggota termasuk saya untuk turun dan buat pemantauan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Semasa kami turun saya dengar orang berdehem dekat telinga saya. Tiada siapa dekat sebelah saya. Kami panggil Acab tapi tiada sahutan. Sementara di atas, pegawai kami menerima panggilan dari anggota polis mengarahkan kami untuk turun. Operasi mencari dihentikan. Kami berenam mendengar suara anggota menyuruh kami naik. Tetapi ada yang menarik kami dari naik iaitu kelibat Acab. Wajahnya sugul seakan ‘blur’. Baju yang sama dia pakai. Kami berpandang sesama sendiri dan bergegas ke tempat kami melihat kelibat Acab. Malangnya Acab sudah hilang. Yang tinggal hanyalah bauan yang sangat wangi. Kami terus geledah kawasan tersebut. Ada yang azan, ada yang memanggil-manggil nama Acab, tetapi tiada sahutan. Hanya terdengar suara seakan-akan menjerit.

BACA:  Hayati Al-Quran, Bukan Sekadar Baca Dan Hafal. Insya'Allah Beroleh Hidayah

Usaha kami gagal. Kami terus naik keatas balik untuk dapatkan pegawai kami. Semasa kami turun, kami terjumpa makcik baju berwarna merah. Anggota lain sudah sampai ke kawasan tersebut terlebih dahulu. Kami terus turun kebawah. Semasa kami turun tiada perkara pelik berlaku cuma salah seorang rakan kami dapat rasakan ada orang mengikut di belakang. Sampai di kaki bukit, ada anggota di bawah yang tunggu kami dan mengura kekuatan anggota kami. Terlebih seorang! Mana datang lagi sorang? Bila kami berbaris cukup pulak.

Apabila sampai di bawah, anggota yang tunggu di bawah bercerita tentang ustaz yang ikut kami pada hari ke-13 ada berdialog dengan ketua kampung jin tersebut. Mereka mengatakan Acab tidak mahu balik. Acab happy duduk di sana, ada puteri yang jaga. Wallahualam. Saya tidak berani hendak komen.

BACA:  Serba Salah Untuk Cas Telefon Di Pejabat, Mufti Wilayah Ada Jawapannya

Operasi kami tamat pada pukul 3 petang. Apabila kami mahu bergerak pulang, ustaz yang mengikut kami pada hari ke-13 baru balik dari solat jumaat dan dia akan naik untuk dapatkan Acab sebagaimana yang jin tersebut janji untuk lepaskan Acab selepas solat jumaat. Kami tidak ikut sebab arahan sudah standown. Kami tidak boleh buat apa-apa. Selepas itu kami tidak tahu apa kesudahan cerita ustaz tersebut.

Sekian terima kasih. Saya tidak paksa untuk sesiapa percaya cerita saya. Terpulang pada penerimaan tuan-tuan dan puan-puan.

Kredit: Mamba Racer

Perbualan anggota SAR mencari Acap. Seram pulak Kak Nab dengornye.

Acap tak nak balik sebab dah suka sama suka. Jin minta ditukarkan dengan orang lain gantikan ‘tempat’ Acap. Komer rasa, siapa orang yang layak kita tukarkan dengan Acap? Sajat ke Suhaimi Saad?

Inilah BATU PUTIH tempat yang dikatakan sesetengah orang lokasi acap hilang….

Gambar ini dirakam menggunakan Drone MAVIC PRO setelah MAF selesai membuat maping di GUA TEMPURUNG tempoh hari untuk rujukan pihak bomba (hari ke12 acap hilang)

Apapun yang pasti,kedua2 lokasi ini penuh dengan misterinya…semasa hendak menaikkan Drone ni pun MAF seperti mendengar jawapan salam selepas MAF memberikan salam dilokasi ini sebelum menaikkan Drone.

Saya difahamkan oleh penduduk kampung.setelah info berkenaan dengan kehilangan acap tersebar,ada sesetengah individu telah melakukan ritual syirik di sini…inilah yang menyebabkan penduduk kampung kurang senang..

Pelbagai barangan pemujaan dijumpai di kawasan batu putih ini…..

Kredit: Mohd Amir Faizal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.