≡ Menu

Ada Sebab Kenapa Makanan Eksotik Diharamkan. Islam Dah Ajar, Ikutlah

Jika kita melihat penularan wabak koronavirus disebabkan oleh makanan yang dimakan adalah tidak halal dan tidak baik seperti ular dan kelawar yang menjadi punca wabak.

Umum mengetahui Islam mempunyai garis panduan yang jelas mengenai soal makanan kerana tidak semua yang hidup itu boleh menjadi bahan santapan kerana ia ada mudaratnya kepada manusia tetapi mungkin tidak kepada makhkuk lain.

Oleh itu, setiap makanan yang hendak dijamah bukan sahaja perlu halal bahkan hendaklah baik dan suci serta tidak memudaratkan.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang maksudnya; Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.

Demikian juga firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 157 yang maksudnya: Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk. Contoh haiwan yang dianggap baik untuk dimakan seperti binatang ternakan antaranya, unta, lembu, biri-biri, kambing, kuda dan seladang. Sementara itu semua binatang buas yang bertaring kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Haiwan tersebut antaranya anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang.

BACA:  Ini Sebabnya Tak Elok Jika Tambah Perasa Dalam Makanan Bayi

Selain itu, gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan. – (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/499).

Burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan, seperti burung hering, semua jenis burung helang, iaitu saqr, baz, syahin dan burung rajawali. Daripada Ibn Abbas R.A beliau berkata yang maksudnya: Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam. – Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803).

BACA:  Fadhilat Solat Dhuha: Memurahkan Rezeki, Menolak Kepapaan

Dalam pada itu semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram untuk dimakan. Contohnya, ular, kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudaratkan. Binatang tersebut dan seumpamanya adalah haram dimakan sama ada dianggap elok oleh orang Arab ataupun tidak. Ini kerana hadis telah menghukumkannya sunat dibunuh dan kebanyakannya pula menjijikkan orang Arab. (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/500).

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram, iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas. – Riwayat al-Bukhari (1732) dan Muslim (1198).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.