≡ Menu

Adab Bangun Tidur Yang Diajarkan Oleh Rasulullah. Subhanallah

Tidur ialah kerehatan bagi manusia. Ia masa untuk badan dan minda yang penat mendapat rehat yang secukupnya sebelum melalui lagi hari yang baru keesokannya.

Kadang-kala, walau tidur sudah lama, tetapi cara bangun tidur yang tidak betul boleh memberi kesan kepada diri sepanjang hari. Ada yang bangun tergopoh-gapah sehingga kepala pula pening, ada yang tidak menjaga kebersihan diri sebelum menunaikan solat Subuh dan sebagainya.

Jadi, kali ini Tzkrh ingin berkongsi pula adab atau tatacara bangun tidur yang menjadi amalan Rasulullah SAW.

#1- Duduk Sebentar & Mengusap Wajah Bagi Menghilangkan Kantuk

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas dalam satu hadis tentang amalan mengusap bekas kantuk yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Berikut potongan hadis:

“…Rasulullah SAW bangun dari tidur, kemudian baginda duduk, lalu mengusap bekas kantuk yang ada di wajahnya dengan tangannya” (HR Bukhari, 183)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2- Membaca Doa Bangun Tidur

Kebiasaan Nabi SAW juga akan membaca doa bangun daripada tidur yang berbunyi:

BACA:  Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?

Dari Huzaifah, ia berkata: Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan: ‘Bismika amuutu wa ahya’ (Dengan namaMu, Ya Allah aku mati dan aku hidup). Dan apabila bangun tidur beliau mengucapkan: ‘Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihinnusyuur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah kami kembali). (HR. Bukhari, no.6312)

#3- Membaca 10 Ayat Terakhir Daripada Surah Ali-Imran

“… baginda duduk lalu mengusap bekas kantuk yang ada di wajahnya dengan tangannya, kemudian baginda membaca 10 ayat terakhir Surah Ali-Imran.”(HR Bukhari, no 183)

#4- Mencuci Kedua Tangan Sebanyak 3 Kali

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kalian bangun tidur maka janganlah dia mencelupkan tanggannya ke dalam wadah (bekas air) sebelum dia mencucinya tiga kali, kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya semalam berada.” (HR. Muslim, 278)

BACA:  Ada Sebab Kenapa Kebanyakan Kedai Tak Guna Lagi Polisterin Untuk Bungkus Makanan. Ini Sebabnya, Jangan Kita Pakai Lagi

#5- Menggosok Gigi

Sahabat Nabi SAW, Huzaifah menceritakan bahawa;

Nabi SAW apabila bangun malam, beliau membersihkan mulutnya dengan bersiwak. (HR Bukhari, 245 & Muslim, 255)

#6- Membersihkan Hidung

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kalian bangun tidur maka bersihkan bahagian dalam hidung tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari, 3295, & Muslim, 238)

Rasulullah SAW sangat menekankan keteraturan dalam kehidupan seharian sehingga perbuatan bangun tidur pun ada tatacara dan aturannya. Kita ingin mulakan hari yang baru dengan keberkatan dan kebaikan, maka seharusnya amalan Rasulullah SAW ini dicontohi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.