≡ Menu

Adab Yang Diajarkan Rasulullah Sebelum Tidur. Amalkan Setiap Malam

Amalan sebelum tidur pun ada diajarkan dalam Islam?

Ya. Inilah istimewanya ajaran Islam yang menyeluruh merangkumi setiap perkara.

Adab dan amalan sebelum tidur yang telah digariskan dalam ajaran Islam menunjukkan ketelitian dan kelengkapan agama Allah terhadap keperluan harian manusia.

Kenapa Islam sangat pentingkan adab dalam setiap perkara? Nak tidur pun perlu beradab?

Ini kerana adab kehidupan sehari-hari adalah salah satu faktor utama dalam pembangunan insan. Bagi melahirkan hamba yang baik dan berdisiplin di sisi Allah, anda sangat digalakkan untuk beramal dengan adab yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jadi, apakah adab dan amalan sebelum tidur yang Rasulullah SAW ajarkan agar menjadi ikutan seluruh umat Islam?

Jom sama-sama kita ketahui! Jangan lupa praktikkan dan kongsikan ilmu ini buat yang lain ye!

Berwudhu

Adab sebelum tidur yang digariskan dalam Islam juga bukan sekadar amalan kosong. Ia membawa manfaat di sebalik pengamalannya.

Penjagaan kebersihan zahir dan batin amat dianjurkan untuk anda praktikkan sebelum tidur. Bagaimana anda boleh lakukannya? Jawapannya adalah melalui pelaksanaan wudhu.

Adab menyucikan diri ini juga disukai oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud:

…SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.

Surah Al-Baqarah: 222

Dengan izin Allah, anda dapat ketenangan fikiran selepas berwudhu dan memudahkan anda untuk tidur.

BACA:  Lafaz Taklik Selepas Akad Nikah Untuk Negeri Di Malaysia
Berbaring dengan lambung sebelah kanan

Daripada Al-Bara’ Bin ‘Azib bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah: Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.

Hadis riwayat Bukhari

Posisi berbaring sebegini memudahkan anda untuk sedar daripada tidur. Jika anda terjaga di tengah malam, jangan lepaskan peluang untuk melakukan tahajjud. Besar manfaatnya buat anda.

Membaca surah dan zikir tertentu

Bagi menenangkan fikiran anda daripada masalah-masalah di siang hari, anda boleh berzikir dan membaca surah sebelum tidur. Jangan dilupa, bacalah doa sebelum tidur untuk memberi isyarat pada diri yang anda sedang persiapkan diri untuk tidur.

Melalui bacaan surah dan zikir ini juga boleh mendekatkan diri kepada Allah, sekaligus menjauhkan gangguan syaitan ketika tidur.

Daripada Aisyah R.A yang bermaksud:

BACA:  Salah Caranya, Ketahui Kenapa Allah Lambat Makbulkan Doa Kita

Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

Hadis riwayat Bukhari

Mengibas tempat tidur

Rasulullah SAW juga mengajarkan umatnya agar mengibas tempat tidur. Hikmahnya adalah agar tempat tidur kita bersih daripada habuk, hama, kotoran atau haiwan yang berbahaya.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya. Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa; Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hambaMu yang soleh.

Hadis riwayat Muslim

Anda boleh mengibas tempat tidur menggunakan kain atau apa-apa sahaja yang sesuai. Ketika mengibas, anda bacalah bismillah agar Allah lindungi diri anda daripada perkara yang tidak diingini.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.