≡ Menu

Adakah Begini Cara Mencintai Nabi Muhamad S.A.W? Ada juga yang masih mengikut akal dan nafsu didalam beribadah

Video yang menunjukkan kanak2 diajar mencintai Nabi s.a.w, Perkara berlaku di pameran replika barang2 Nabi shallallahualaihiwasallam di Terengganu.

APAKAH INI CARA YANG BENAR mencintai Rasullullah shallallahualaihiwasallam..?? Tidakkah mereka2 ini merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w didalam SETIAP perkara berkaitan agama..?? ALLAH azzawajalla berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ ويَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ، وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ
“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku (sunnah/petunjuk Nabi s.a.w), niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
-Surah Ali ‘Imran Ayat 31

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu teladan yang baik bagimu (Iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”
-Surah al-Ahzaab Ayat 21

BACA:  Allah Akan Buka Pintu Rezeki Bila Seorang Lelaki Dan Wanita Itu Berkahwin

Mengapakah setelah adanya peninggalan dari Rasullullah shallallahualaihiwasallam berupa Kalam ALLAH s.w.t yang telah dilafaskan oleh baginda s.a.w melalui wahyu dan sabda2 baginda NAMUN ada juga yang masih mengikut akal dan nafsu didalam beriabadah..?Allah berfirman:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أَمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah thagut itu.
-An Nahl Ayat 36

Nabi shallallahualaihiwasallam bersabda:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“..Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Al-Quran dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah perkara-perkara yang baru(bidaah) dan semua bidaah adalah kesesatan” -HR Muslim no 2042
Note: Didalam riwayat ada menyatakan “Seluruh kesesatan di neraka” (An-Nasaai no 1578).

BACA:  Adakah Sah Puasa Jika Tidak Mandi Wajib?

Berdasarkan Nas2 dan Dalil2 diatas Renung2kanlah dimana jalan kita semua sebagai umat islam.. Nabi shallallahualaihiwasallam ada berpesan:

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (Iaitu) Kitab Allah dan Sunnah ku (Hadis2 nya).
-HR Malik,Al-Hakim,Al-Baihaqi,Ibn Hazm,Ibn Nashr (Dishahihkan oleh Syaikh Salim al-Hilali di dalam At Ta’zhim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm. 12-13)

Sumber: Sunnah Yang Ditinggalkan Melayu

Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.