≡ Menu

Adakah Sah Puasa Jika Tidak Mandi Wajib?


SAH PUASA SEKIRANYA TIDAK MANDI WAJIB

Tajuk di atas adalah jawapan kepada persoalan mengenai ADAKAH SAH PUASA SEKIRANYA TIDAK MANDI WAJIB di bulan Ramadhan setelah di malam harinya kita melakukan hubungan brsama ataupun beronani dalam makna kata mengeluarkan air mani secara sengaja.

Jawabnya adalah SAH..!! Dan anda boleh berpuasa seperti biasa.. Aku tahu mesti ramai yang curiga kan mengenai persoalan ini kan?? jangan risau.. Aku dah wat research siap dengan hadis2 yang sah mengenai persoalan ini..

Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ertinya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut ” ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

BACA:  Wanita Yang Solehah Menurut Hadis Dan Quran. Baca Elok Elok

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil ‘bersama dengan isterinya’ dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)” ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu’, An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )

BACA:  Hukum Mencium Al-Quran Sesudah Membacanya. Boleh Atau Tidak?

Haaa.. Dah jelas kan bahawasanya sah berpuasa walaupun berada di dalam hadas kan?? Tapi korang fikirkan laa balik.. Kalau tak mandi wajib seharian, Korang solat mcm mana eek?? Hahaha.. Bermakna, kena laa jugak mandi wajib tuu bagi menyucikan diri dari hadas dan boleh laa menunaikan Solat kan.. Maka berdosa besar lah korang2 yang tak bersolat.. Tak guna laa berpuasa kalau solat tak buat..
Semoga jawapan2 di atas memberi manafaat kepada korang..

sumber : ustaz zaharuddin

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.