“Dah makan ubat tapi boleh ke minum air kelapa? Aduh…”
Selalu kan jadi macam situasi di atas? Dah makan ubat tetapi nak minum air kelapa pula. Kata orang selepas makan ubat tak boleh minum air kelapa. Hal ini kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan ubat tersebut.
Hmm betul ke? Sebenarnya, boleh sahaja tetapi ada beberapa perkara yang perlu diketahui. Nak tahu apa? Ikuti perkongsian di bawah. Bahaya kalau pandang remeh tentang perkara ini!
BOLEH KE MINUM AIR KELAPA LEPAS MAKAN UBAT?
Menurut perkongsian seorang doktor di media sosial, tiada sebarang masalah untuk minum air kelapa selepas makan ubat. Walau bagaimanapun, jika individu itu tersebut ada penyakit darah tinggi dan mengambil ubat tekanan darah, mereka perlu lebih berhati-hati kerana air kelapa tersebut boleh merendahkan tekanan darah.
Tambahnya lagi, bagi mereka yang ada penyakit buah pinggang kronik juga perlu lebih berhati-hati. Hal ini kerana air kelapa tersebut tinggi dengan garam potassium atau garam kalium. Kandungan garam kalium yang tinggi boleh ‘mengacau’ kondisi jantung.
Jadi, tiada sebarang masalah untuk minum air kelapa selepas memakan ubat tetapi perlu lebih berhati-hati sekiranya anda ada masalah darah tinggi dan penyakit sakit buah pinggang kronik. Minumlah secara berpada-pada dan jaga kesihatan diri.
AIR kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan anda. Buat mereka yang masih mencari-cari penawar kesihatan, air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu, ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan.
Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.
Mahu tahu apakah kebaikan air kelapa? Ini hanya sebahagian manfaatnya:
1) Dapat mengurangkan berat badan
Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum secara berlebihan.
2. Baik untuk kulit
Kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda.
3) Melambatkan proses penuaan
Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.
4) Membantu penghadaman
Jika perut sentiasa kembung dan sukar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan.
5) Menurunkan tekanan darah
Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan.