≡ Menu

Air Sejuk Memudharatkan Kesihatan? Baca Dahulu, Baru Tahu

Air merupakan nutrien penting dalam kehidupan kita. Anda mungkin boleh bertahan seminggu tanpa makanan, tapi tidak tahan beberapa hari tanpa air!

Badan manusia terdiri daripada 60% air. Kita perlukan air setiap hari bukan sahaja untuk hilangkan rasa haus, tetapi untuk organ dalam badan kita berfungsi. Air adalah penting bagi setiap sistem dalam badan.

Menurut Institute of Medicine (IOM), jumlah air yang diperlukan secara umum bagi lelaki adalah 3 liter bagi lelaki dan 2 liter bagi perempuan sehari. Untuk lebih mudah, pastikan anda cukup minum 8 gelas air sehari.

Kebanyakkan orang mempercayai bahawa air sejuk memberi kesan kepda kesihatan. Artikel kali ini akan merungkai beberapa persoalan tentang air sejuk yang selalu diperkatakan.

1. Air sejuk bertukar menjadi suhu badan?
Apabila kita minum air sejuk, badan kita akan mengubah suhu air sejuk mengikut suhu badan. Badan akan menggunakan sedikit tenaga bagi menukarkan suhu air sejuk tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sewaktu bersenam, suhu teras badan (core body temperature) akan meningkatkan. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa minum air sejuk semasa bersukan akan membantu dalam proses penyejukkan badan dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi latihan sukan.

2. Air sejuk melambatkan penghadaman?
Suhu makanan atau cecair yang kita makan akan memberi kesan kepada proses pengosongan gastrik (gastric emptying).

Cecair dan makanan pada suhu badan melonggarkan otot gastrtik berbanding dengan cecair dan makanan pada suhu rendah. Oleh kerana itu, cecair pada suhu rendah akan melambatkan proses pengosongan gastrik dan penghadaman.

BACA:  Inilah 7 “c” Sebab Suami Benci Isteri – Nasihat Dr Fadzilah Kamsah

Namun, kajian tentang perkara ini adalah sangat terhad dan para pengkaji mempunyai pendapat yang berbeza.

3. Air sejuk bekukan lemak?
Perkara ini yang selalu kita dengari dari orang sekeliling. Benarkah minum air sejuk akan bekukan lemak dan mengganggu penghadaman?

Air sejuk dikatakan akan membekukan lemak daripada makanan yang kita makan. Hal ini akan menyukarkan lemak untuk dihadam dan menggangu penyerapan nutrien dalam badan.

Ada juga yang beranggapan bahawa lemak tidak beku kerana apabila air sejuk masuk ke dalam badan, ia akan bertukar menjadi suhu badan.

Namun, belum ada kajian saintifik yang dapat merungkai jawapan sebenar kepada persoalan ini.

4. Air sejuk kurangkan berat badan?
Ada yang mengatakan bahawa air sejuk dapat membantu menurunkan berat badan. Terdapat kajian mendapati bahawa air sejuk dapat membakar lebih kalori berbanding air suam kerana badan menggunakan tenaga bagi menukar suhu air sejuk kepada suhu badan. Namun perbandingan tenaga yang digunakan untuk ‘membakar’ kalori antara air sejuk dengan air suam tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.

Air kosong, tidak kira sejuk, suam atau panas, tidak mempunyai kalori. Minum air sebelum makan akan membuatkan anda rasa kenyang dan seterusnya menghalang anda daripada makan secara berlebihan. Ini yang membantu anda untuk menurunkan berat badan.

5. Air sejuk membuat selsema bertambah teruk?
Apabila selsema atau demam, kita digalakkan untuk tidak minum air sejuk kerana ia akan membuat keadaan bertambah teruk.

BACA:  Perempuan Lebih Cenderung Untuk Sakit Kepala, Ketahui Puncanya

Satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa air sejuk akan menyebabkan mukosa dalam hidung jadi lebih pekat dan menyukarkannya untuk melalui saluran pernafasan. Hal ini akan mengakibatkan hidung tersumbat dan tidak selesa untuk bernafas. Tambahan pula, kajian ini juga mendapati bahawa air suam atau panas dapat melegakan selsema.

6. Air sejuk menyebabkan sakit kepala?
Pernahkan anda rasa sakit kepala apabila minum air sejuk? Brainfreeze adalah keadaan dimana anda rasa sakit kepala apabila minum atau makan sesuatu yang sangat sejuk. Ia juga dikenali sebagai ice cream headache. Sakit kepala itu sekejap saja dan akan hilang beberapa saat kemudian.

Ada kajian mendapati bahawa air sejuk menyebabkan sakit kepala bagi sesetengah individu. Mereka yang mempunyai active migraine (sudah mempunyai migraine) mempunyai risiko sakit kepala dua kali ganda berbanding mereka yang tidak mempunyai migraine.

Kesimpulan
Air merupakan salah satu daripada enam nutrien penting bagi manusia dan kita perlu minuk air secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk kekal terhidrat.

Kajian saintifik yang mengatakan air sejuk tidak bagus untuk kesihatan adalah sangat terhad. Walaubagaimanapun, air sejuk dapat membantu untuk menyejukkan badan sewaktu bersenam dan mengekalkan status hidrasi, lebih-lebih lagi sewaktu cuaca panas.

Namun, bagi mereka yang mempunyai masalah migraine, selsema atau demam mungkin perlu elakkan daripada minum air sejuk kerana ini akan membuatkan keadaan mereka menjadi lebih teruk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.