≡ Menu

Akhlak Mulia. 5 Perkara Yang Perlu Kita Didik Anak-Anak Sejak Dari Kecil.

Tahukah anda, untuk memastikan tumbesaran anak anda berkembang dengan baik, mereka perlu didedahkan dengan kemahiran sosial.

Apakah antara kemahiran sosial yang penting untuk kanak-kanak? Ini lima kemahiran sosial paling penting untuk mereka.

Kepentingan kemahiran sosial untuk kanak-kanak
Kemahiran sosial bermaksud kemahiran yang kita gunakan setiap hari untuk berhubung dengan individu lain. Antara kepentingan kemahiran sosial untuk kanak-kanak ialah untuk mengajar mereka cara berkelakuan yang betul dalam sesuatu situasi.

Selain itu, kanak-kanak juga akan mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kajian ada menunjukkan, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi kurang untuk mengalami stres dalam kehidupannya.

Lima kemahiran sosial paling penting untuk kanak-kanak
Berikut adalah lima jenis kemahiran sosial yang perlu diajar dan diterapkan kepada anak-anak anda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Berkongsi
Mengajar anak anda untuk berkongsi sesuatu milik mereka dengan orang lain akan membentuk keperibadian yang positif dalam diri mereka.

BACA:  Amalkan Doa Ini Sekiranya Sering Terdengar Bisikan Untuk Berbuat Jahat. Nauzubillah

Dengan berkongsi, anak anda akan menjadi seorang yang lebih pemurah apabila dewasa kelak. Ia juga akan memupuk sifat empati dalam diri mereka.

2. Mendengar
Kemahiran mendengar bukan hanya bermaksud duduk diam dan mendengar sesuatu. Ia lebih kepada mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh individu lain.

Kemahiran mendengar dengan baik akan membentuk diri anak anda menjadi seorang yang memberikan perhatian dalam setiap perkara yang disampaikan kepadanya.

3. Menghormati privasi individu lain
Ajar anda anda untuk memberi salam dan mengetuk pintu rumah setiap kali ingin masuk ke rumah. Begitu juga apabila memasuki bilik orang lain, ajar mereka bagaimana untuk meminta izin terlebih dahulu.

Dengan cara ini, ia akan mengajar anak anda untuk menjadi seorang yang sopan dan tertib.

4. Ajar mereka mengenai adab tingkah laku
Setiap kali anak anda menerima sesuatu, ajarkan kepada mereka untuk mengucapkan terima kasih. Ajarkan juga cara bersalam setiap kali bertemu dengan sesiapa sahaja.

BACA:  Jadilah Warganet Yang Bertamadun, Hormat Sesama Manusia Didunia Nyata, Mahupun Dunia Maya

Kaedah ini juga akan membentuk kanak-kanak yang sopan dan tahu untuk menghormati individu lain.

5. Bekerjasama
Minta anak anda untuk menolong anda melakukan sesuatu mengikut kemampuan mereka. Anda boleh mengajak anak anda untuk sama-sama berkebun, menyapu sampah atau mengemas rumah.

Kemahiran sosial ini akan membentuk anak anda menjadi seorang yang rajin, memahami individu lain dan pandai berhubung dan membina hubungan.

Bentuk akhlak yang baik kepada anak di usia muda
Untuk menjadikan anak anda membesar sebagai seorang yang tinggi budi pekertinya, kemahiran sosial mereka perlu digilap sejak mereka masih kecil. Apabila mereka sudah dilatih dengan nilai-nilai dan kemahiran sosial seperti ini, mereka tidak mempunyai kesukaran untuk membesar dan mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain.

Bak kata pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.