≡ Menu

Al-Fattah, Yang Maha Pembuka. Mohonlah PadaNya Agar Dibukakan Jalan Keluar Dari Kesulitan Hidup

Dalam kehidupan, masalah akan datang tanpa mengenal masa atau siapa kita. Ada yang timbul sewaktu kita sedang terbeban dengan masalah sedia ada, ada yang muncul waktu kita tenang-tenang sahaja. Selesai satu masalah, akan datang pula yang lain.

Ada masalah yang dalam kawalan kita, ada pula yang tidak mampu kita bendung, lebih-lebih lagi jika melibatkan orang lain. Apa pun, yang ingin dielak adalah daripada tenggelam dalam masalah.

Ramai yang terlalu menumpukan kepada masalah apabila ia berlaku, berfikir sehingga sakit kepala dan rasa tertekan. Yang difikir kadang-kadang bukan cara menyelesaikan tetapi mengulang-ulang fikir masalah, menggaulkannya dengan rasa geram, sedih atau sakit hati.

BACA:  Pengajaran Juzuk 5, Jauhi Perangai Munafik

Mari kita tarik nafas sejenak dan kembali mengingatkan diri sendiri, bahawa Allah Maha Mengetahui. PengetahuanNya meliputi segala sesuatu di dunia ini. Allah tahu apa yang sedang dihadapi. Walau di hadapan orang, kita masih beriak biasa, tetapi Allah tahu apa yang tersembunyi di hati.

Mari kita alihkan sekejap fokus dan perhatian daripada masalah yang kita hadapi kepada Yang Maha Menyelesaikan Masalah iaitu Allah, Al-Fattah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Al-Fattah bermaksud pembuka. Ibnu Atsir rahimahullah yang banyak sumbangannya dalam Kitab Gharib al-Hadis mengatakan bahawa makna Al-Fattah juga adalah Yang Maha Membuka pintu-pintu rezeki dan rahmat bagi hamba-hambaNya. Dalam penjelasan lain, maksud Al-Fattah adalah Maha Menentukan hukum ketetapan takdir bagi seluruh makhlukNya.

Bermakna, Allah berkuasa menentukan apa sahaja. Allah mampu memberi jalan keluar apabila kita berhadapan dengan rasa sempit dan buntu untuk berbuat apa. Yang perlu kita lakukan adalah yakin Yang Allah Mampu.

“…dan sesiapa yang bertawa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan-Nya)” (Surah At-Talaq, 65:2)

Apa yang sangat sukar bagi kita sebenarnya sangat mudah bagi Allah. Apa yang mustahil pada kita, tidak mustahil pada Allah. Yakinlah, tidak ada pintu yang tidak mampu Allah buka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.